window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Akibat langgar lampu merah, Mercedes A45 berplat Singapura ‘hentam’ 4 kereta di Johor

Faisal · May 11, 2022 01:00 PM

Video: Akibat langgar lampu merah, Mercedes A45 berplat Singapura ‘hentam’ 4 kereta di Johor 01

Kredit foto: SG Road Vigilante.

Hari minggu yang lalu, berlakunya satu trajedi di Johor Bahru pada jam 2.55 pagi yang melibatkan sebuah kereta jenis Mercedes-AMG A45 dengan plat nombor Singapura yang merempuh sehingga 4 buah kereta di sebuah simpang tiga.

Berdasarkan rakaman dashcam milik mangsa, warganegara Singapura yang dipercayai berumur 30-an itu dilihat sedang mengejar lampu isyarat merah dalam keadaan yang cukup laju. Akibatnya, pemandu itu tidak sempat mengelak kereta mangsa yang mula bergerak dari simpang kanan setelah lampu isyarat bertukar hijau.

Video: Akibat langgar lampu merah, Mercedes A45 berplat Singapura ‘hentam’ 4 kereta di Johor 02

Kesannya, tindakan pemandu warganegara Singapura yang tidak cerdik itu telah mengakibatkan rempuhan yang kuat terhadap kereta mangsa dan 3 lagi kenderaan di laluan bertentangan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walau bagaimanapun, kesemua mangsa termasuk si pesalah hanya mengalami kecederaan ringan.

Video: Akibat langgar lampu merah, Mercedes A45 berplat Singapura ‘hentam’ 4 kereta di Johor 01

Menurut Ketua Pegawai Polis Daerah Johor Bahru Selatan, keputusan ujian alkohol buat pemandu Mercedes A45 itu adalah negatif.

Apapun, kes sedang disiasat di bawah seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: SG Road Vigilante

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Mercedes-Benz AMG A-Class A35 4Matic Sedan

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda