window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-AMG A35 Sedan 2022 versi CKD dilancarkan di Malaysia, RM 325k, ada audio Burmester!

Faisal · Jun 28, 2022 11:25 AM

Mercedes-AMG A35 Sedan 2022 versi CKD dilancarkan di Malaysia, RM 325k, ada audio Burmester! 01

  • Murah daripada model CBU
  • Ciri lagi banyak seperti butang tambahan pada roda stereng & sistem audio Burmester
  • CKD Pekan, Pahang

Mercedes-Benz Malaysia sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mercedes-AMG A35 Sedan versi CKD (dari Pekan, Pahang).

Mercedes-AMG A35 Sedan 2022 versi CKD dilancarkan di Malaysia, RM 325k, ada audio Burmester! 02

Jentera berprestasi tinggi tahap pertengahan ini ditawarkan pada harga RM 325,090.23 (tempahan yang dibuat sebelum 30 Jun 2022, iaitu tarikh di mana pengecualian SST berakhir). Selepas dari itu, harganya akan jadi RM 343,888. Sebagai perbandingan, model import CBU sebelum ini berharga RM 348,888.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-AMG A35 Sedan 2022 versi CKD dilancarkan di Malaysia, RM 325k, ada audio Burmester! 01

Sama seperti model CBU, A35 Sedan CKD kekal dengan enjin 2.0L turbo M260 yang menghembuskan 306 PS dan 400 Nm tork. Kuasa dihantar ke semua roda (4Matic) melalui transmisi DCT 7 kelajuan.

Dari segi prestasi, A35 Sedan mampu membuat pecutan 0 – 100 km/j dalam masa 4.8 saat sahaja (mod launch control).

Mercedes-AMG A35 Sedan 2022 versi CKD dilancarkan di Malaysia, RM 325k, ada audio Burmester! 02

Pada bahagian luar, jentera ini masih lengkap dengan kit badan AMG Line yang hadir dengan gril unik, roda 19 inci berbilah 5 dengan jejari kembar, spoiler, diffuser dan ekzos kembar bermuncung bulat.

Mercedes-AMG A35 Sedan 2022 versi CKD dilancarkan di Malaysia, RM 325k, ada audio Burmester! 03

Malah, lampu depan jenis Multibeam dan Adaptive Highbeam Assist Plus juga tetap didatangkan. Antara ciri lain yang ada termasuklah suspensi AMG Ride Control bersistem adaptif.

Mercedes-AMG A35 Sedan 2022 versi CKD dilancarkan di Malaysia, RM 325k, ada audio Burmester! 04

Masuk ke bahagian dalam, model CKD sebenarnya menambah dua ciri baru iaitu butang AMG pada bahagian stereng dan sistem audio Burmester.

Selain daripada itu, ia kekal sama dengan penawaran seperti penyaman udara 2 zon, tempat duduk sport dengan tali pinggang merah, trim aluminium AMG Design, lampu suasana 64 warna, head-up display dan pengecas telefon tanpa wayar.

Mercedes-AMG A35 Sedan 2022 versi CKD dilancarkan di Malaysia, RM 325k, ada audio Burmester! 05

Skrin kembar MBUX 10.25 inci (kluster instrumen dan infotainment) juga ada yang mana menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Dari segi keselamatan, A35 Sedan CKD lengkap dengan ciri:

  • Active Brake Assist
  • Active Lane Keeping Assist
  • Lane Tracking Package
  • Active Parking Assist
  • Kamera 360-darjah
  • Blind Spot Assist

Mercedes-AMG A35 Sedan 2022 versi CKD dilancarkan di Malaysia, RM 325k, ada audio Burmester! 06

Buat anda yang meminati hatchback, ia hanya ada sebagai model CBU iaitu melalui tempahan khas. Buat masa ini, Mercedes-AMG A35 CKD yang baru dilancarkan ini pula hanya ditawarkan sebagai sedan sahaja.

Juga bacaSelamat tinggal A-Class Hatchback, Mercedes-Benz A-Class Sedan CKD kini keutamaan Malaysia

Mercedes-AMG A35 Sedan 2022 versi CKD dilancarkan di Malaysia, RM 325k, ada audio Burmester! 07

Apapun, MBM dalam acara sama turut Mercedes-AMG GLA 35 versi CKD.

Juga bacaHarga Mercedes-Benz bakal jadi lebih murah di Malaysia - banyak model CKD baru akan tiba!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mercedes-Benz AMG A-Class A35 4Matic Sedan

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda