window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volvo ingin fokus kepada model SUV, barisan sedan dan wagon bakal dikurangkan

Zamil Syaheer · Mar 4, 2021 01:00 PM

Volvo ingin fokus kepada model SUV, barisan sedan dan wagon bakal dikurangkan 01

Volvo, jenama yang terkenal dengan model sedan dan wagon setelah sekian lamanya akan berubah arah dan tunduk kepada trend SUV diseluruh dunia.

Volvo ingin fokus kepada model SUV, barisan sedan dan wagon bakal dikurangkan 02

Selepas pelancaran crossover elektrik sepenuhnya iaitu C40 Recharge, CEO Volvo, Håkan Samuelsson, berkata kepada Autocar bahawa syarikat dari Sweden itu akan memperkenalkan lebih banyak model SUV pada masa hadapan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Volvo ingin fokus kepada model SUV, barisan sedan dan wagon bakal dikurangkan 01

“Secara tradisional, kita pernah ada sedan, wagon, dan SUV. Sekarang kita menjual sekitar 75% SUV, yang bermaksud kita memerlukan lebih banyak SUV. Kami kini mempunyai C40 Recharge, dan kami merancang SUV yang lebih kecil di bawah 40-series."

Juga baca: Volvo XC40 Recharge T5 2021 dilancarkan - Hibrid plug-in, 262 PS, dari RM 242k

Volvo ingin fokus kepada model SUV, barisan sedan dan wagon bakal dikurangkan 02

Volvo berhasrat untuk menjadi jenama elektrik sepenuhnya pada tahun 2030, dan ini antara sebab kenapa Samuelsson berpendapat bahawa SUV sangat sesuai untuk tujuan ini.

Menurut media British, Samuelsson menyatakan bahawa SUV elektrik mempunyai ‘packaging’ yang lebih baik daripada saloon.

Volvo ingin fokus kepada model SUV, barisan sedan dan wagon bakal dikurangkan 03

“Kami perlu mengurangkan varian sedan dan wagon; kita mempunyai banyak model wagon pada masa ini dengan V60, V90, Cross Country, non-Cross County, dan banyak saloon besar dan kecil, panjang dan ekstra-panjang.

Kita perlu beralih dari wagon dan sedan; kita masih akan ada kedua-duanya di masa depan, tetapi mungkin tak sebanyak masa kini." Samuelsson berkata.

Volvo ingin fokus kepada model SUV, barisan sedan dan wagon bakal dikurangkan 04

Namun, Samuelsson meyakinkan peminat Volvo bahawa wagon tidak akan tersingkir sepenuhnya dari barisan Volvo.

Dia menambah, "Kereta yang praktikal dan rendah juga sangat menarik, terutamanya ketika kita menggunakan elektrik dan memerlukan ketahanan udara yang lebih rendah."

Volvo ingin fokus kepada model SUV, barisan sedan dan wagon bakal dikurangkan 05

Model XC20 akan berada di bawah XC40.

Buat masa kini, Volvo sedang mengembangkan model SUV kompak yang mungkin digelar XC20. Ia mungkin akan dibina menggunakan platform Sustainable Experience Architecture (SEA). Selain itu, Volvo juga mengembangkan model XC90 elektrik untuk generasi seterusnya.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda