window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Xpander paling laku! Mitsubishi Motors Malaysia pecah rekod jualan tertinggi pada April 2021

Mersita · May 7, 2021 09:00 PM

Xpander paling laku! Mitsubishi Motors Malaysia pecah rekod jualan tertinggi pada April 2021 01

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, telah berjaya mencapai jualan tertinggi dalam sejarah pada April 2021 dengan 1,872 kenderaan terjual.

Prestasi jualan mereka pada April terus menunjukkan trend peningkatan sejak Januari lantas mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai jenama bukan nasional Top 3 empat bulan berturut-turut.

Xpander paling laku! Mitsubishi Motors Malaysia pecah rekod jualan tertinggi pada April 2021 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mitsubishi Xpander terus mendominasi segmen MPV bukan nasional sejak Januari, dan model popular ini masih lagi mengekalkan prestasi kukuh dengan lebih 10,000 tempahan sejak ia dilancarkan pada November 2020.

Xpander menyumbang 982 unit (52%) bagi jumlah jualan April dan Mitsubishi Motors telahpun menghantar 3,800 unit Xpander kepada pemiliknya di Malaysia.

“Kami amat gembira yang jualan Mitsubishi Xpander kekal tinggi. Walaupun dicabar dengan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami akan meneruskan usaha untuk memenuhi permintaan tinggi bagi model ini dengan meningkatkan kapasiti produksi kami sambil mengekalkan kualiti pada tahap tertinggi,” ujar Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif MMM.

Baca juga: Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik?

Xpander paling laku! Mitsubishi Motors Malaysia pecah rekod jualan tertinggi pada April 2021 01

Selain dari itu, Mitsubishi Triton juga mengekalkan bahagian pasaran yang kukuh hampir 20% dan kekal sebagai pilihan popular di dalam segmen trak pikap walaupun dicabar oleh pesaing baharu.

MMM berjaya menjual 680 unit Triton pada April dan telah menghantar 142 unit Triton Athlete baharu kepada pemiliknya.

Baca juga: Rebiu: Mitsubishi Triton Athlete 2021 adalah sebuah Hilux yang lagi best!

“Kami sedar yang sebahagian besar daripada pelanggan kami mahu membeli kereta mereka sebelum pengecualian cukai jualan berakhir pada Jun ini. Walaupun ada cabaran dalam pengeluaran dikala musim pandemik ini, Mitsubishi Motors sedang berusaha sebaik yang boleh bagi memenuhi ekspektasi pelanggan kami dalam pilihan penghantaran mereka,” tambah Shinnishi.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda