window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

175 unit Honda Civic kereta peronda Polis belum diterima, apa cerita?

Haris ยท Apr 8, 2021 03:00 PM

175 unit Honda Civic kereta peronda Polis belum diterima, apa cerita? 01

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim dalam satu kenyataan beliau memberi tahu bahawa sebanyak 175 unit Honda Civic kereta peronda PDRM masih belum diterima.

175 unit Honda Civic kereta peronda Polis belum diterima, apa cerita? 02

Datuk Zainal Abidin Kasim

Sebanyak 425 unit Honda Civic telah diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menggantikan kereta peronda polis yang lama. Daripada jumlah tersebut, hanya 250 unit sahaja yang telah diterima oleh pihak PDRM.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

175 unit Honda Civic kereta peronda Polis belum diterima, apa cerita? 01

“Sepatutnya baki 175 lagi kereta itu diterima pada tahun lalu, jadi kita mohon kepada kerajaan untuk mempercepatkan proses penerimaan kereta peronda baru berkenaan,” kata beliau kepada pemberita.

Datuk Zainal juga berharap agar pihak yang bertanggungjawab akan menyegerakan proses pertukaran lebih 800 kereta peronda milik PDRM yang telah sampai jangka hayat.

175 unit Honda Civic kereta peronda Polis belum diterima, apa cerita? 02

“Kita harap lebih 800 kereta peronda yang sudah capai jangka hayat lima tahun itu ditukarkan dengan jenis yang sama iaitu Honda Civic 1.8.

“Penggunaan kereta peronda jenis Honda Civic dapat beri gambaran keyakinan kepada rakyat ketika pihak polis membuat rondaan.

175 unit Honda Civic kereta peronda Polis belum diterima, apa cerita? 03

“Berhubung penggunaan kereta jenis Proton X70 itu kita sudah buat pandu uji di Muar, Johor namun kita dapati sesuai untuk kegunaan ketua jabatan bukan unit peronda,” ujar Datuk Zainal lagi.

Honda Civic 1.8 menjadi pilihan pihak PDRM dengan cara sewaan konsesi oleh Spanco Sdn Bhd selama 5 tahun. Ia bukan dibeli terus daripada Honda Malaysia. Model kereta peronda ini juga dipanggil MPV yang bermaksud Mobile Patrol Vehicle yang digunakan untuk tujuan rondaan dan pelbagai.

Sumber: Malaysia Gazette

Bacaan Lanjut:

Apa yang ada dalam kereta peronda Honda Civic PDRM? Jom tengok!

Honda Civic, Proton X70 bantu Polis Perak kurangkan jenayah!

Penangan lambang H, samseng curi Honda Civic polis demi awek!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda