Mamak Talk
Battle of the hottest Japanese B-segment hatchbacks, what’s your pick?
123
Ia boleh dikatakan sebagai harga yang rendah kerana Toyota GR Yaris spesifikasi Malaysia dilengkapi dengan Torsen Limited Slip Differential, roda aloi BBS, tayar Michelin Pilot Sport 4S, bar anti oleng yang lebih tebal dan suspensi depan yang lebih baik.
Kesemua spesifikasi yang baru sahaja disebutkan adalah aksesori tambahan pilihan sahaja di tempat lain. Di pasaran UK, ia dikenali sebagai Pakej Litar (Circuit Package).
Toyota GR Yaris dengan spesifikasi ini berharga lebih tinggi daripada Civic Type R di tempat lain tetapi sebaliknya berlaku di pasaran Malaysia.Honda Civic Type R FK8 kali terakhir dijual di Malaysia pada harga RM 330,000 dengan SST.
Sebagai sebuah kereta homologasi World Rally Championship (WRC) yang dibangunkan oleh Tommi Makinen - beliau sendiri telah menukar Mitsubishi Lancer Evolution untuk Toyota GR Yaris - Toyota GR Yaris seolah-olah tidak mempunyai saingan langsung.
Ada yang membandingkan hothatch ini dengan Volkswagen Golf R atau Mercedes-AMG A45 tetapi kereta ini sangat berbeza dengan sasaran pasaran yang berbeza. Toyota GR Yaris juga didatangkan dengan transmisi manual justeru terdapat peluang pasaran yang lebih kecil untuk hothatch ini.
Volkswagen telah menarik diri dari semua aktiviti perlumbaan motor, sementara AMG tidak lagi terlibat secara langsung dalam perlumbaan selain F1. Kereta AMG GT3 dan GT4 dijual kepada pasukan swasta dan tidak disertai oleh AMG sendiri. Kisah yang sama dengan BMW M.
Ironinya, Toyota, jenama yang mempopularkan kenderaan bosan seperti hybrid dan kereta mampu milik adalah jenama yang masih bersemangat menyertai perlumbaan motor dengan jenama Gazoo Racing. Oleh itu, terima kasih Presiden Akio Toyoda.
Sekiranya anda berminat untuk melawat Toyota GR Yaris di pengedar Toyota berdekatan, tunggu dahulu. Malaysia diberi kuota sebanyak kurang dari 200 buah kereta dengan tahun pembuatan 2021 dan ke atas.
Oleh itu, pengeluaran hanya akan bermula pada Januari 2021 dan kereta hanya akan tiba di sini pada bulan Februari 2021 paling awal.
Untuk Toyota GR Yaris, bukan semua pengedar Toyota akan menjual hothatch ini. Hanya peniaga yang telah melabur untuk membuat reruai GR Garage dalam pusat pengedar mereka dibenarkan menjual Toyota GR Yaris.
Malaysia adalah negara pertama di luar Jepun yang mempunyai reruai konsep GR Garage.
Sehingga kini, hanya ada 5 pengedar Toyota GR Garage di Malaysia. Mereka adalah:
Fokus Tetap (Seksyen U13, Shah Alam, Selangor)
Motor PCM Klang (Jalan Kepayang, Klang, Selangor)
Wing Hin Automobile (Balakong, Selangor)
Telagamas Motor (Kulim, Kedah)
Mutiara Motorsports (Plentong, Johor)
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
13