Toyota
Upcoming Toyota SUVs in 2021!
74
Toyota Yaris Cross 2021 melakukan debut pertama di ASEAN dengan pelancaran di Singapura. Ditawarkan dengan enjin hybrid dalam 2 varian, harga Toyota Yaris Cross bermula dari SGD 102k (~ MYR 311k) dan SGD 107k (~ RM 326k)
2 varian yang ditawarkan adalah varian Toyota Yaris Cross Active dan Toyota Yaris Cross Excite. Perbezaannya adalah model Excite ditawarkan dengan lampu hadapan dan belakang LED termasuklah dengan tawaran 2 tona.
Kedua-duanya menggunakan enjin tiga silinder 1.5 liter NA hibrid Dynamic Force M15A-FXE yang menjana 111 PS/120 Nm dengan transmisi CVT.
Toyota Yaris Cross dibangunkan berdasarkan platform TNGA-B (Toyota New Global Architecture) yang turut digunakan pada model Toyota GR Yaris dan Toyota Yaris generasi keempat di Jepun.
Prestasi yang sangat mengagumkan untuk Toyota Yaris Cross adalah ia mampu mencatatkan penggunaan minyak serendah 3.8 liter / 100 km.
Antara ciri-ciri menarik termasuklah cermin sisi lipat automatik, brek parkir elektronik (EPB), sistem tanpa kunci Smart Entry, kluster instrumen digital dan sistem infotainment skrin sesentuh 8-inci yang menyokong fungsi Android Auto dan Apple CarPlay.
Varian Excite mempunyai tambahan paparan head-up (HUD) dan satu lagi port USB.
Pada bahagian belakangnya pula, Toyota Yaris Cross dilengkapi dengan power tailgate dan kapasiti but belakang sebanyak 390 liter.
Tempat duduk belakang juga boleh dilipat 40:20:40 untuk praktikaliti pengguna.
Toyota Yaris Cross juga dilengkapi dengan suite penuh Toyota Safety Sense yang merangkumi:
Toyota Yaris Cross disasarkan sebagai sebuah model SUV kompak bagi model Toyota. Ia juga disasarkan untuk negara maju yang lebih mengambil berat terhadap kadar pelepasan karbon.
Sayangnya, model Toyota Yaris Cross berkemungkinan besar tidak akan ditawarkan di Malaysia.
'Wakil' Toyota di rantau ini yang lebih realistik adalah Toyota Raize / Daihatsu Rocky / Perodua D55L sebagai sebuah model pembangunan bersama.
Kurang wajar bagi Toyota untuk membawa masuk Toyota Yaris Cross kerana alasan di atas dan juga kehadiran model Toyota Corolla Cross yang hampir pasti akan dipasang secara CKD.
Walaubagaimanapun, tidak mustahil untuk Toyota Yaris Cross untuk ditawarkan di Malaysia pada masa hadapan apabila pasaran SUV kompak / segmen B lebih matang dengan jumlah jualan yang lebih besar.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
9