Toyota
My experience dailying a white Fortuner in Thailand!
79
UMW Toyota Motor (UMWT) telah melancarkan Toyota Fortuner 2021 di Malaysia melalui acara dalam talian. 3 varian kenderaan utiliti sukan (SUV) pemasangan tempatan ini ditawarkan pada hargabermula dari RM 167,357.
Selain itu, Toyota Innova facelift 2021 juga dilancarkan bersama-sama dengan SUV gagah ini.
3 varian yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Toyota Fortuner facelift 2021 | |
---|---|
Varian | Harga |
2.4 AT 4x4 (hanya untuk pasaran Sabah, Sarawak dan Labuan) | RM 167,357.40 |
2.7 SRZ AT 4x4 | RM 172,244.00 |
2.8 VRZ A/T 4x4 | RM 203,183.00 |
Harga atas jalan tanpa insurans, sah sehingga 30-Jun 2021. |
Tambahan terbaru bagi Toyota Fortuner adalah enjin 2.8 liter yang dikongsi bersama Toyota Hilux Rouge. Berikut adalah perbandingan spesifikasi trenkuasa enjin Toyota Fortuner.
Spesifikasi enjin Toyota Fortuner 2021 | |
---|---|
2.4 AT 4x4 | 2GD-FTV 2.4-liter, 4 silinder turbodiesel 150 PS / 400 Nm 6-kelajuan automatik |
2.7 SRZ 4x4 | 2TR-FE 2.7-liter, 4 silinder NA petrol 166 PS / 245 Nm 6-kelajuan automatik |
2.8 VRZ 4x4 | 1GD-FTV 2.8-liter, 4 silinder turbodiesel 205 PS / 500 Nm 6-kelajuan automatik |
Varian SRZ dan VRZ hadir dengan Auto Limited Slip Differential (A-LSD) - sistem pacuan yang mengawal brek apabila salah satu roda belakang berputar tanpa cengkaman. Berguna dalam keadaan muka bumi yang sukar dan rendah daya cengkaman.
Seperti Hilux Rogue juga, 2.8 VRZ dilengkapi dengan sistem stereng kuasa Variable Flow Control (VFC) yang menyesuaikan bantuan stereng kuasa bergantung pada kelajuan pemanduan.
Rekaan Toyota Fortuner facelift 2021 ini dikemaskini dengan rekaan bumper hadapan baru dan juga lampu LED. Varian 2.7 SRV menerima lampu LED berkembar manakala varian 2.8 VRZ menerima lampu LED quad.
Terdapat 4 pilihan warna iaitu - Medium Silver Metallic, Silver Metallic, Attitude Black Mica dan Phantom Brown Metallic.
Berbeza dengan rekaan terdahulu, Toyota Fortuner facelift 2021 tampil bergaya dengan 'chrome delete' dan rim rekaan baharu 18 inci.
Toyota Fortuner facelift 2021 masih mengekalkan rekaan kabin 2 tona namun dengan kombinasi hitam / coklat yang lebih sederhana. Selain itu, 2 model atas menerima lampu ambien, cermin pandang belakang elektrokromatik dan tempat duduk berkuasa pada baris hadapan.
Pada bahagian belakang pula, Toyota Fortuner 2021 menerima fungsi power tailgate bebas tangan.
Eksklusif untuk varian 2.8 VRS adalah suite Toyota Safety Sense separa penuh (ADAS) yang merangkumi ciri-ciri berikut:
Info lanjut
Toyota Fortuner 2021 hadir dengan jaminan 5 tahun dan jarak tempuh tanpa had.
Kedua-dua enjin 2.4 liter dan 2.7 liter telah diiktiraf sebagai kenderaan efisien tenaga (EEV) sebelum ini dan enjin 2.8 liter baharu juga sudah menerima penarafan yang sama.
Hal ini bermakna, harga yang ditetapkan sudah termasuk dengan insentif EEV yang diumumkan oleh kerajaan.
Berminat dengan Toyota Fortuner facelift 2021? Saksikan sendiri pelancaran di bawah!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Toyota
hi, ant person may share how to tweak equaliser on toyota yaris? I saw the post for audio system compared from WAPCAR before and I agree with the mention talk about the high range are little reserved. However, I don't know how to tweak it. Please help me (with picture more helpfulπ€) and thanks a lotπ
6
28
4