Proton hilang takhta bukan sebab Perodua, tapi sebab budak universiti. Eh?

Pada awal 2000-an, kakitangan di Perodua naik hairan memikirkan kenapa angka jualan bagi model tertua mereka, Perodua Kancil, semakin meningkat. Anda pula mungkin terfikir, benda dah laku buat apa nak persoalkan?

Tun Dr. Mahathir melancarkan Perodua Kancil pada 29 Ogos 1994

Bukan apa. Kebiasaannya, permintaan bagi model yang sudah lama berada di pasaran selalunya semakin lama semakin berkurangan.

Walaubagaimanapun, antara tahun 1995 hingga 2002, angka jualan Perodua Kancil meningkat sehingga 56 peratus – dari 39,856 unit ke 62,279 unit – 6 peratus lebih tinggi daripada pertumbuhan keseluruhan industri.

Prestasi jualan Kancil semakin meningkat walaupun ia semakin tua, menerajui pertumbuhan keseluruhan industri, mula menurun hanya pada tahun ke-10nya. Versi resolusi tinggi di sini.

Perkara ini bukanlah satu kebiasaan kerana pada tahun 2002, umur Kancil dah hampir menjejak 10 tahun!

Sejak dari keluaran pertamanya pada 1994 sehinggalah produksinya dihentikan pada 2010, Perodua berjaya menjual sejumlah 725,870 unit Kancil! Satu prestasi yang sangat mengagumkan.

Perodua Kancil dilancarkan pada 29 Ogos 1994 dan ia berasaskan Daihatsu Mira, dijual pula pada harga yang murah iaitu bawah RM 25,000 sahaja, membuatkannya kereta paling murah di Malaysia.

Pada awal 2000-an, apabila Perodua mula membangunkan Myvi generasi pertama, mereka perlu ‘hadamkan’ terlebih dahulu resipi kejayaan si Kancil. Kalau tidak, usaha mereka untuk memperkenalkan produk terlaris yang seterusnya akan sia-sia, seperti anak panah tanpa arah.

Kancil yang pertama sekali dihasilkan (kiri), bersebelahan dengan unit ke-500,000. Kredit gambar: paultan.org.

Buku ‘Dude, That’s My Car!’ nukilan Ahmad Tamimi Omar yang menceritakan kisah pembangunan Perodua Myvi menceritakan, “Melihat angka jualan ini rasanya seperti mendengar Tan Sri P. Ramlee yang mengasaskan Microsoft: ia tak masuk akal.

"Persoalannya, pada masa itu, ialah: “Kenapa ia terjadi? Bagaimana sebuah kereta yang berumur 10 tahun tiba-tiba jadi sangat popular?””

Sebelum kami jawab soalan ini, anda perlukan sedikit latar-belakang atau konteks supaya ia lebih jelas.

Perodua telahpun menjadi jenama kereta No.1 paling laris di Malaysia sejak 15 tahun yang lalu. Syarikat ini yang sering digelar sebagai P2 ditubuhkan 10 tahun lebih lambat daripada Proton (P1) pada tahun 1993.

Sejak bertahun lamanya, Perodua sering dirujuk sebagai ‘adik’ kepada Proton yang hanya boleh menghasilkan kereta-kereta kompak.

Perodua Sentral di PJ, dengan sebuah Perodua Myvi dan Proton Saga lalu di hadapannya. Cun.

Pada tahun 1995 iaitu tahun produksi penuh pertama Perodua, syarikat tersebut hanya dapat mencapai satu pertiga daripada angka jualan Proton; 39,856 unit oleh Perodua dan 140,618 unit oleh Proton.

Proton cukup selesa di tangga teratas sebagai jenama kereta No.1 di Malaysia pada masa itu.

Proton Saga Iswara

Walaubagaimanapun, satu perkara yang ramai orang terlepas pandang, termasuklah Proton sendiri, ialah Perodua berjaya mencapai prestasi ini dengan hanya satu model berkos rendah iaitu Kancil. Walhal, Proton ada 6 model yang membantu menaikkan jualan tersebut iaitu Saga sedan, Saga Aeroback, Wira sedan, Wira Aeroback, Perdana, dan Satria.

1 produk ‘kuat’ lawan 6 produk untuk capai 1/3 daripada prestasi Proton – mana satu yang lebih hebat?

Proton Wira

Walaupun Proton mempunyai barisan model yang lebih banyak, bahagian pasaran Proton semakin menurun kepada 49.5 peratus – menyelinap ke bawah tahap 50 peratus pada tahun 1996 – dengan 176,089 unit terjual.

Di samping itu, Perodua pula terus berkembang dengan mencapai 15.2 peratus (peningkatan 1 peratus) dengan 54,291 unit terjual dalam tahun yang sama. Jumlah keseluruhan industri (total industry volume, TIV) pula ialah 176,089 unit.

Perodua berkembang secara konsisten sejak tahun 1994, manakala Proton pula menurun. Klik di sini untuk versi resolusi tinggi.

Tapi, ada satu perkara yang menghairankan. Pelanggan Proton bukannya berhijrah ke Perodua, dan perkara ini membuatkan Perodua makin garu kepala. Apa sebenarnya yang terjadi?

Jawapannya: Ada tiga faktor yang memainkan peranan besar.

Faktor yang pertama ialah percambahan jumlah universiti dan kolej samada yang awam mahupun yang persendirian. Penghujung tahun 90-an ialah masa dimana pilihan untuk pendidikan tertiari tempatan menjadi semakin banyak.

Wawasan 2020 digembar-gemburkan dan bagi menyokong wawasan ini, negara perlu menghasilkan lebih banyak tenaga kerja berkelayakan dan mengembangkan bakat tempatan.

Ingat lagi tak? Gambar: Retroviator

Seterusnya, faktor kedua pula berkait rapat dengan yang pertama iaitu peningkatan dalam permintaan untuk komputer peribadi.

Pada masa itu, ia jadi satu keperluan yang mampu-milik di kalangan pelajar-pelajar universiti dan kolej. Zaman sekarang orang guna komputer riba, tapi zaman dulu-dulu pelajar-pelajar ini ‘setup’ ‘CPU tower’ dan ‘CRT monitor’ di hostel/dorm mereka.

Suasana hostel pelajar yang tipikal pada awal 2000-an. Gambar: Insider.com

Gabungkan kedua-dua faktor ini dan anda akan mula faham mengapa budak Felda yang masuk UiTM ataupun budak Kelantan yang datang belajar ke TAR College akhirnya akan perlukan ‘ride’ atau kenderaan baru yang lebih praktikal berbanding Honda EX5 kesayangan mereka.

Ingat, zaman dulu rangkaian pengangkutan awam tak semaju dan seluas zaman sekarang.

Petikan dari buku ‘Dude, That’s My Car!’

Namun, masih ada pelajar-pelajar yang keluarganya tak mampu untuk membeli kereta baru semata-mata mereka dapat masuk ke kolej atau uni.

Facelift 2002 diberi pembaharuan besar

Akhirnya, faktor ketiga ialah perubahan dalam struktur pinjaman kereta (sewa beli). Setelah Krisis Kewangan Asia 1998 terjadi, bank memperkenalkan tempoh pinjaman baru 9 tahun yang menjadikan bayaran bulanan kereta jauh lebih rendah berbanding sebelumnya.

Samada perkara ini sesuatu yang baik atau sebaliknya, kami dah bincangkannya dalam entri terdahulu.

Facelift 2002 memaparkan panel instrumen yang dipasang di tengah-tengah papan pemuka

Kesemua faktor-faktor ini berjaya menaikkan angka jualan Kancil, membuatkannya laku bak pisang goreng panas.

Namun, daya tarikan si Kancil bukannya dilihat oleh pembeli kereta pertama yang muda-muda sahaja.

Kredit gambar: Bernard Chin, co-driver, Perodua Castrol Racing Team

“Yang hebatnya, Kancil juga berjaya membantu peniaga-peniaga kecil, terutamanya mereka yang terpaksa bergantung kepada mod pengangkutan untuk bertemu dengan pelanggan mereka. Jika anda terfikirkan penjual CD cetak rompak, anda silap; ingat semula kakak-kakak jual nasi lemak yang berniaga di luar sekolah ataupun kilang-kilang,” tulis buku ‘Dude, That’s My Car!’.

Bagaimana satu generasi terdahulu belajar memandu – manual 4 kelajuan, tak ada ‘power window’ dan ‘power steering’

Memandangkan adanya satu generasi pemandu-pemandu muda yang mengambil lesen dengan menggunakan Kancil membuatkan kereta kenit ini lebih selesa bagi mereka. Ramai orang muda-muda dahulu memilih Kancil sebagai kereta pertama mereka.

Perodua melancarkan Kenari pada 14 Jun 2000

Ini bukannya bermaksud yang Proton tak sedar dengan apa yang terjadi. Rakan teknikal Proton pada masa itu, Mitsubishi Motors, tidak dapat menawarkan sebarang kereta kompak berspesifikasi rendah. Oleh itu, Proton terpaksa berganding dengan Citroen dan menghasilkan Proton Tiara berasaskan Citroen AX pada tahun 1998.

Model ini malangnya gagal teruk.

Proton Tiara ditarik semula setelah hanya 3 tahun berada di pasaran. Hanya 7,705 unit terjual. Gambar: citroenet

Pada tahun 2001 pula, Proton mencuba sekali lagi dengan kereta kompak Proton Juara berasaskan Mitsubishi Townbox. ‘Kereta mayat’ ini gagal lebih teruk daripada Tiara.

Juara ialah produk Proton paling 'tak juara' setakat ini – hanya 2,322 unit pernah terjual

Sebenarnya, Mitsubishi ada beberapa kereta ‘kei’ kompak yang bersaing dengan Daihatsu Mira/Perodua Kancil, contohnya Mitsubishi Minica dan Pajero Mini. Namun, kami kurang arif tentang kesulitan yang dihadapi di sebalik tabir antara Proton dan Mitsubishi.

Mitsubishi Minica

Ada yang percaya dengan spekulasi yang mengatakan Proton dan Perodua dikatakan tidak boleh bersaing antara satu sama lain.

Namun, perkara ini hanyalah khabar angin semata-mata. Kedua-dua syarikat itu tidak pernah mengesahkan perkara ini, termasuklah MITI.

Pajero Mini

Penjelasan yang lebih masuk akal ialah perbezaan dalam kepakaran utama rakan teknikal Proton dan Perodua masing-masing, bukannya arahan spesifik yang datang dari kerajaan.

Proton Waja yang dilancarkan pada 8 Mei 2000 merupakan kereta pertama yang dibangunkan sendiri oleh Proton

Pada tahun 2002, Proton mencapai rekod jualan baharu dengan 214,985 unit terjual (rekod itu masih bertahan ke hari ini). Walaubagaimanapun, pada tahun 2006, jualannya menurun hampir separuh kepada 115,706 unit sahaja.

Ini juga menjadi titik permulaan bagi Perodua yang berjaya merampas takhta No.1 dari tangan Proton.

Saga LMST – balasan Proton kepada Kancil. Dijual dengan harga RM 26,999, ia mahal sedikit saja daripada Kancil tapi saiznya lebih besar. Ini juga menjadi bukti dimana Proton dan Perodua tidak terikat dengan arahan kerajaan untuk bersaing antara satu sama lain.

Tahun 2006 merupakan satu tahun penting bagi Perodua dimana ia berjaya menerajui ‘abangnya’ iaitu Proton sebagai jenama kereta No.1 Malaysia.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan ini ialah kehadiran Perodua Myvi yang dilancarkan pada bulan Mei 2005. Pada masa ini, Perodua mula ‘mencantas’ pelanggan Proton.

Tak kisahlah kalau Myvi jenis hatchback manakala Proton pula sedan. Konsumer beli kereta ikut bajet dan kemampuan, bukannya ikut segmen kenderaan.

Pelancaran Perodua Myvi SE pada tahun 2007

‘Timing’nya tepat sekali. Hampir 10 tahun selepas Kancil dilancarkan, orang-orang yang membeli Kancil dahulu (ataupun Viva dan Kelisa) telah beralih ke fasa yang baru dalam hidup mereka dan Perodua pula dah ‘standby’ dengan kereta yang tepat untuk golongan ini.

Perodua Nautica, hanya 489 unit terjual antara 2008 hingga 2009, sebelum kerajaan mengumumkan yang syarikat kereta nasional tidak dibenarkan menjual kereta impot. APnya dibatalkan.

Kejayaan Perodua Myvi boleh dijadikan kajian kes yang bagus untuk perancangan produk. Perodua menang bukannya semata-mata kerana bersaing terus dengan Proton.

Proton hilang bahagian pasaran mereka bukannya kepada Perodua, tapi kepada kereta-kereta seperti Toyota Vios, Honda City, dan Toyota Avanza. Trio ini mula membanjiri jalan raya pada awal 2000-an. Perodua tiada kena mengena dengan penurunan prestasi Proton pada tahun 2000-an.

Pelancaran Perodua Kelisa pada 24 Ogos 2001. Kereta ini masih dirindui hingga ke hari ini

Selain daripada bersaing dengan Proton, Perodua mengorak langkah dengan sasaran untuk kejayaan jangka-masa panjang.

Perodua mengambil masa untuk memastikan mereka ada model baharu untuk pelanggan mereka yang baru habis belajar, memulakan kerjaya pertama, mula berkahwin dan mendirikan rumahtangga supaya pelanggan mereka tidak beralih arah ke Proton.

Facelift Myvi SE dilancarkan pada 10 Oktober 2008

Lima tahun selepas Myvi diperkenalkan, Perodua melancarkan Alza dengan 5+2 tempat duduk pada 2009 kerana, seperti jangkaan anda, pasangan yang keluar ‘dating’ dengan Kancil dan Myvi kini dah mula beranak-pinak.

Perodua Alza dilancarkan pada 23 November 2009

Hari ini, golongan yang memulakan zaman bekeluarga mereka dengan Alza sudah tak perlukan MPV. 

Memandangkan SUV jadi trend terkini, Perodua D55L baharu nanti akan menawarkan pilihan yang lebih ‘glamor’ dan ‘chic’ berbanding tawaran yang ada pada Perodua Aruz.

Ini bukan kereta sebenar, hanya satu lakaran oleh Theo.

Proton ‘smash’ balik untuk bersaing dengan Perodua

Ingat, sekejap kita berada di atas, sekejap lagi kita jatuh ke bawah pula. Perodua takkan berada di atas selama-lamanya dan mereka patut sedar akan perkara ini kerana dahulu, mereka yang ‘mengejar’ dan bukannya yang ‘dikejar’.

Walaubagaimanapun, generasi baru kakitangan Perodua yang menyertai syarikat tersebut setelah ia berjaya menjadi No.1 yang juga tak pernah merasa kepayahan ‘mengejar’ lebih cenderung untuk berasa selesa dengan kedudukan sedia ada.

Pendek cerita, rasa kebal.

Proton yang dipengaruhi Geely sekarang bukanlah Proton yang sama seperti zaman 2000-an dulu.

Apa yang Perodua rasakan betul dan sesuai dahulu mungkin tak cukup padu untuk menyaingi Proton masa kini yang sudah diperbaharui.

Proton sudah merasa zaman gelapnya dan ini membuatkan mereka tidak gentar mencuba benda-benda baru.

Perkara ini boleh dilihat dengan jelas pada cara mereka memasarkan produk mereka kebelakangan ini.

Lain pula dengan Perodua, dimana kini mereka dilihat sebagai syarikat besar yang masih konservatif dan ‘play safe’ untuk mengekalkan posisi mereka.

Proton pastinya akan menggunakan taktik ‘cantas’ dan ambil kesempatan ke atas ketakutan Perodua yang takut hilang takhta.

Perodua ambil masa 12 tahun untuk ‘overtake’ Proton. Proton mahu merampas semula posisi No.1 sepantas 6 tahun. “Proton Boleh”? Kita tunggu dan lihat.

Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Perodua Axia

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

Collecting The All-New 2023 Perodua Axia AV, No Need for β€˜The King?’

2023 Perodua Axia 1.0 AV Review in Malaysia! Five Adults Plus Luggage on ONE Full Tank?

2020 Perodua Axia 1.0 Advance Review in Malaysia, Everyone Should Buy One!

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for β€˜Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and β€˜Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. β€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Perodua Axia
Cek Lebih