Proton
Why are old Proton cars the most stolen? Saw this pic from FB. May I know that Wira and Iswara are outdated and old, why thieves still like them? I think Hilux would be better for resale.
32
Proton Holdings Berhad akan memulakan projek CKD di Pakistan seawal suku ketiga tahun 2021. Rakan perniagaan Proton di Pakistan, Al Haj Automotive telah bersedia dengan rancangan CKD pada kilang terbaru mereka seawal Julai 2021.
Kilang tersebut dibina di Karachi dan mempunyai kapasiti pengeluaran yang dianggarkan sebanyak 25,000 unit setahun. Sebanyak USD 30 juta telah dilaburkan untuk pembangunan kilang tersebut.
Pada awalnya kilang ini sepatutnya beroperasi pada akhir tahun 2020. Walaubagaimanapun, rancangan tersebut telah ditunda disebabkan oleh wabak pandemik Covid-19.
2 model telah tiba di Pakistan iaitu Proton X70 dan Proton Saga sejak perjanjian dimaterai pada tahun 2018. Malah, model Proton Saga juga tampil dengan varian R3 yang datang dengan transmisi manual 6 kelajuan.
Proton X70 dilancarkan pada tahun 2020 dengan enjin 1.5 liter turbo - seperti yang ada pada Proton X50. Perkongsian enjin ini mungkin menjadi petanda kepada model Proton akan datang di Pakistan kerana ia memudahkan proses rantaian bekalan.
Al Haj Automotive juga adalah pengedar rasmi bagi jenama FAW dari China. FAW adalah singkatan daripada "First Automobile Works", yang turut menjual kenderaan komersial dan jentera berat.
Hal ini bermakna rakan kongsi Proton di Pakistan mempunyai pengalaman yang meluas dalam industri automotif Pakistan. Apa yang belum dapat dipastikan adalah adakah kilang pemasangan Al Haj Automotive untuk Proton turut dikongsikan bersama jenama FAW.
Maka tidak hairanlah jika model Proton Saga dan Proton X70 menerima enjin yang bersesaran lebih rendah berbanding model pasaran Malaysia kerana kepakaran tempatan Pakistan telah menilai hal ini.
Proton sudah lama menyatakan hasrat mereka untuk memberi lebih fokus terhadap perkembangan jenama di rantau lain. Selain dari Pakistan, negara Kenya juga dirancang untuk menjadi hab pemasangan CKD Proton.
Bacaan Lanjut:
Proton Saga dilancarkan di Pakistan - 4 varian, R3 dengan manual, harga bermula RM 54k!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
4