Nampaknya, teknologi e:Smart Hybrid akan turut beransur pada Toyota Avanza dan Vios yang akan datang. Menurut AutoIndustriya, perkara ini disahkan sendiri oleh Toyota yang mana mereka berhasrat untuk memperkenalkan trenkuasa hibrid pada kedua-dua jentera tersebut.
Matlamat ini selari dengan gerakan elektrifikasi yang Toyota hendak ketengahkan untuk pasaran yang sedang membangunkan infrastruktur EV. Untuk itu, teknologi e:Smart Hybrid akan dijadikan aspirasi buat model Daihatsu & Toyota yang khusus untuk pasaran membangun seperti Filipina, Thailand, Indonesia, dan juga Malaysia.
Juga baca: Toyota Vios generasi baharu akan hadir dengan hibrid, seawal tahun 2023?
Sekitar sebulan yang lalu, kami pernah melaporkan bahawa Toyota dan Daihatsu sedang membangunkan Raize/Rocky dengan trenkuasa e:Smart Hybrid. Ia dipadankan dengan enjin 1.2L 3 silinder yang menghasilkan 88 PS dan 107 Nm tork.
Juga baca: Daihatsu Rocky hibrid e:Smart dijumpai di Malaysia – apa kembar Perodua Ativa buat di sini?
Teknologi ini sebenarnya sedikit berbeza dengan Toyota Hybrid Synergy Drive. Secara teknikal, enjin ini hanya berfungsi sebagai penjana untuk memberi kuasa elektrik kepada bateri hibrid, sama seperti sistem hibrid e-Power oleh Nissan.
Secara keseluruhan, kita bakal menyaksikan trenkuasa hibrid buat pertama kalinya pada Toyota Avanza dan Vios yang akan datang.
Juga baca: EKSKLUSIF! Imej Toyota Avanza 2022 serba baru bocor - skrin infotainment terapung, EPB
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}