UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja mengemaskini Toyota Innova, Hilux dan Fortuner 2021 di Malaysia dengan ciri seperti penyaman udara dwi-zon, pengecas tanpa wayar dan port USB C.
Harganya pula menyaksikan peningkatan sekitar RM 2k untuk Fortuner dan RM 4k untuk Innova..
Harga terbaru (dari) | |||
---|---|---|---|
Model | Harga baru | Harga lama | |
Toyota Innova 2.0X | RM 129,677 | RM 133,355 | |
Toyota Hilux Rogue | RM 144,880 | RM 146,880 | |
Toyota Fortuner 2.8 VRZ | RM 203,167 | RM 207,553 |
Mengenai Toyota Innova, MPV 7 tempat duduk ini dikuasakan oleh enjin aspirasi natural 2.0L yang menghasilkan 139 PS dan 183 Nm tork. Hembusan tenaga ini dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik 6 kelajuan.
Antara ciri yang ada termasuklah sokongan Apple CarPlay dan Android Auto (2.0G dan 2.0X), tempat duduk kulit (2.0X) dan lampu depan dan belakang jenis LED (2.0X).
Pengecas telefon tanpa wayar pula kini standard untuk semua varian.
Juga baca: Kebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput?
Berkenaan Toyota Fortuner, ia hadir dengan penawaran enjin aspirasi natural 2.7L (166 PS, 245 Nm) dan enjin 2.4L turbodiesel (150 PS, 400 Nm) yang turut dikongsi dengan Hilux. Selain itu, kedua-dua model turut datang dengan pilihan enjin 2.8L turbodiesel yang menghembuskan 204 PS dan 500 Nm tork. Kesemua sumber tenaga dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.
Hilux 2.8 Rogue dan 2.4V hadir dengan penyaman udara dwi-zon. Begitu juga dengan Fortuner 2.8 VRZ dan 2.7 VRZ. Khusus untuk Fortuner adalah port USB belakang yang dinaik taraf ke jenis USB C.
Juga baca: Rebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama!
Varian lebih atas pula lengkap dengan lampu ciri depan dan belakang jenis LED, tempat duduk kulit dan ADAS Toyota Safety Sense (TSS).
Juga baca: Rebiu ringkas: Toyota Hilux Rogue 2020 – Trak pikap yang serba lengkap?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}