380 kg daun ketum disumbat dalam Perodua Myvi untuk seludup

Mersita · Feb 2, 2021 11:59 AM

380 kg daun ketum disumbat dalam Perodua Myvi untuk seludup 01

Sesiapa yang pernah memiliki Myvi pasti tahu betapa luasnya ruang dalaman Raja Hatchback Malaysia ini. Sumbat-sumbat barang, tau-tau je muat. Jika anda pernah tertanya-tanya atau ragu-ragu lagi, baru-baru ini kami dapat tahu dari laporan Sinar Harian yang sejumlah 380 kilogram ketum diseludup menggunakan Perodua Myvi berhampiran pangkalan haram Aziz di Kampung Pisau Raut, Tumpat pada 30 Januari (Sabtu) lepas.

Model Myvi yang digunakan penyeludup tersebut merupakan model Perodua Myvi 2014 Lagi Best yang mempunyai ruang but berkapasiti 208 liter.

380 kg daun ketum disumbat dalam Perodua Myvi untuk seludup 02

Menurut laporan itu, Pegawai Pemerintah Medan, Superintendan Nor Azizan Mohd Yusof berkata penyeludup lelaki berusia 36 tahun itu menggunakan Myvi untuk mengaburi mata anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 Pengkalan Chepa namun gagal setelah berjaya dicekup pada jam 8.30 malam oleh anggota PGA yang membuat rondaan.

Setelah ditahan, anggota PGA menemui 19 bungkusan plastik berisi bahan terlarang itu yang di tempat duduk hadapan, belakang, dan bonet kenderaan. Ketum hampir 400 kg itu termasuk Myvi tersebut dirampas, keseluruhannya bernilai RM 31,400.

380 kg daun ketum disumbat dalam Perodua Myvi untuk seludup 01

Bukan kali pertama Myvi digunakan untuk menyeludup ketum. 3 buah Myvi pernah digunakan untuk seludup 1,200 kg ketum di Padang Besar pada 2019 - 400 kg setiap kereta. Sumber

Nor Azizan juga berkata PGA tidak menolak kemungkinan yang penyeludup tersebut bertujuan untuk menyeludup daun ketum tersebut ke negara jiran memandangkan permintaan terhadap bahan itu sangat tinggi serta harganya yang mahal.

Saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkait penggunaan dadah.

"Kes disiasat bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Perodua Myvi 1.3L G MT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru