Setelah beberapa kali diiklankan, UMW Toyota akhirnya mengesahkan bahawa Toyota Corolla Cross Hybrid akan dilancarkan ke pasaran Malaysia pada 14 Januari ini, iaitu jam 9 pm di laman Facebook Toyota Malaysia.
Bagi anda yang belum tahu, tempahan Corolla Cross varian hibrid sudahpun dibuka sejak lewat Oktober lalu dengan anggaran harga RM 137,000.
Juga baca: Toyota Corolla Cross Hybrid – harga anggaran di Malaysia RM 137k, tempahan kini dibuka!
Apa yang membezakan Corolla Cross Hybrid berbanding varian 1.8 G dan 1.8 V adalah:
Dari segi teknikal, Toyota Corolla Cross Hybrid dikuasakan oleh gabungan enjin 1.8L 2ZR-FXE berkitaran Atkinson (98 PS, 142 Nm) dan motor elektrik (72 PS, 163 Nm). Sistem ini menghembuskan 122 PS dan kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi e-CVT.
Untuk itu, sama-sama kita nantikan model hibrid CKD Toyota yang baru pada tarikh keramat ini.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}