Pasaran Filipina bakal menerima Toyota Vios facelift ini pada 25 Julai 2020. Ada yang tak sabar-sabar rupanya di sana!
Daripada apa yang boleh dilihat, perumah lampu kabus (fog lamp) di sebelah bawah telah direka lebih kecil dengan sisipan udara (air vent) yang lebih besar.
Lebih menarik lagi gril rekaan C ini dapat dilihat pada Toyota Corolla Altis. Seperti biasa, rekaan dari model segmen atas bergerak ke segmen bawah untuk memberikan rupa yang lebih premium.
Walaupun menerima facelift, nampaknya terdapat varian Toyota Vios yang mungkin menggunakan rekaan rim aloi yang sama dengan model sekarang. Adakah anda sukakan rim ini?
Bagaimana dengan pasaran Malaysia?
Toyota Vios baru sahaja menerima facelift terbaru dengan warna yang terang benderang pada tahun lepas. Selain itu, Toyota Yaris turut hadir untuk pasaran Malaysia bagi membantu Toyota mendominasi pasaran segmen B.
Oleh hal yang demikian, Toyota Vios ini berkemungkinan besar akan tiba di pasaran Malaysia sekitar tahun 2021 atau 2022. Adakah anda mahu menunggu 3-4 tahun lagi?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}