window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton kini wajibkan pengedar simpan stok 'spare part' untuk 3 bulan supaya khidmat selepas jualan tak terjejas!

Haris · Mar 4, 2022 10:00 AM

Proton kini wajibkan pengedar simpan stok 'spare part' untuk 3 bulan supaya khidmat selepas jualan tak terjejas! 01

Proton telah mengesahkan bahawa mereka sedang mengambil langkah-langkah untuk menambah baik perkhidmatan selepas jualan mereka yang bertujuan untuk mengurangkan masa menunggu pelanggan. 

Dalam pada itu juga, Proton dilihat mengambil maklum mengenai masalah tersebut yang melanda sebahagian pelanggannya.

Proton kini wajibkan pengedar simpan stok 'spare part' untuk 3 bulan supaya khidmat selepas jualan tak terjejas! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Proton menyedari isu yang dihadapinya berkaitan selepas jualan dan ketersediaan alat ganti. Pelanggan kami telah menghubungi kami dan kami amat menyesali sebarang kesulitan yang berlaku.

"Saya ingin meyakinkan mereka bahawa kami mengambil serius setiap aduan dan pihak pengurusan kanan telah mengenal pasti beberapa punca kesesakan dan isu operasi yang memerlukan penambahbaikan.

Proton kini wajibkan pengedar simpan stok 'spare part' untuk 3 bulan supaya khidmat selepas jualan tak terjejas! 01

“Langkah pertama adalah untuk menangani ketersediaan alat ganti di mana kami telah melaksanakan syarat mandatori di mana semua pengedar dikehendaki menyimpan stok 22 alat ganti pantas yang mencukupi untuk 3 bukan.

"Pusat alat ganti utama kami juga tertakluk kepada keperluan yang sama, dan kami berharap ini akan memudahkan masa menunggu pelanggan. Kami juga dalam usaha memperkukuh keupayaan dan pengetahuan pengedar kami untuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang kepada semua pelanggan Proton.

Proton kini wajibkan pengedar simpan stok 'spare part' untuk 3 bulan supaya khidmat selepas jualan tak terjejas! 02

"Masih banyak lagi yang perlu dilakukan tetapi kami akan memaklumkan perkembangan kami sepanjang tahun ini,” ujar Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton.

Hujung Januari 2022 lepas, Proton telah mengulas masalah yang dihadapi mereka mengenai kekurangan alat ganti yang melanda model SUV, Proton X50 dan Proton X70 di samping model tempatan seperti PersonaIrizExora, dan Saga, secara kolektifnya dikenali sebagai PIES. Untuk pengguna Proton, ikuti perkembangan yang akan datang bersama kami.

Baca: Penyelesaian bagi masalah bekalan alat ganti untuk Proton X70 dan X50 kini sedang diusahakan

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda