Dua hari lepas, tertular satu rakaman dashcam seorang mangsa yang memandu secara santai di laluan sekitar Janda Baik. Tetapi tidak lama selepas itu, muncul pula sebuah Toyota Hilux dari arah bertentangan yang memotong garisan kembar.
Perangai seperti ini sebenarnya sudah biasa kita lihat tetapi kes kali ini agak lain kerana si pesalah gagal melepasi kenderaan di hadapannya iaitu sebuah lori besar. Nasib baiknya, kereta mangsa yang merakam ini sempat berhenti daripada melanggar trak pikap itu. Walau bagaimanapun, anak kecil yang duduk di belakang terjatuh dari tempat duduknya.
Dalam masa yang sama, lori tersebut juga turut berhenti kerana ingin memberi laluan kepada trak pikap itu.
Walau bagaiamanapun, pemandu trak pikap yang kemudiannya pergi ke depan sebagai tanda ambil kisah sempat menyalahkan lori itu kepada mangsa dan berkata bahawa dia sudah memberi isyarat hon tetapi lori itu tetap dikatakan tidak memberi laluan. Tidak cukup dengan itu, pemandu ‘hailak’ itu juga tidak meminta maaf langsung.
Baru sebentar tadi pula, Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bentong akan memanggil pemandu tersebut untuk memberi keterangan. Jika didapati bersalah, pemandu trak pikap itu boleh dikenakan saman. Malah, hukuman denda RM 2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan juga tidak mustahil.
Apapun, klip rakaman ini telah menimbulkan rasa sakit hati dalam kalangan netizen seperti yang anda boleh lihat di bawah.
Jadi pengajarannya di sini, patuhlah undang-undang jalan raya. Tak rugi sesaat pun.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}