window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 perkara yang merosakkan sistem stereng kereta anda

Mersita · Nov 7, 2020 02:00 PM

5 perkara yang merosakkan sistem stereng kereta anda 01

Masalah stereng semakin kerap berlaku masa kini, walaupun bagi kereta serba baru. Mungkin anda pernah lihat kes kereta terhenti di jalan raya dan tayarnya berpintal keluar dari ruang roda. Masalah ini patut diambil serius oleh pemilik kerana sistem stereng yang rosak adalah sangat berbahaya dan boleh meragut nyawa.

Pembuat kereta yang menghasilkan unit dengan sistem stereng rosak pastinya harus mengaku atas kesilapan mereka dan berusaha untuk selesaikan isu ini.

5 perkara yang merosakkan sistem stereng kereta anda 02

Komponen asas redaman (‘damping’) dan stereng (stereng berkuasa tidak ditunjukkan). Gambar: moogparts.eu

Walaupun sistem stereng dalam kereta anda tak memberi apa-apa masalah, anda masih lagi perlu menjaga sistem ini untuk pastikan ia berfungsi dengan baik pada setiap masa. Sama seperti sistem-sistem lain di dalam kereta, sistem stereng juga ada kemungkinan untuk rosak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tapi, perlu diingatkan yang ada perkara yang kita sering amalkan atau tidak sebenarnya boleh mempercepatkan kerosakan/’wear-and-tear’nya.

Apakah perkara-perkara yang boleh merosakkan sistem stereng kereta anda? Kami huraikan satu persatu untuk anda di bawah.

1. Memandu sambil lewa, kerap melanggar lubang jalan atau bonggol

5 perkara yang merosakkan sistem stereng kereta anda 01

Setiap kali terlanggar lubang, sakitnya tu “di sini”. Gambar: pothole.info

Sistem stereng anda terdiri daripada beberapa komponen dan sambungan (joints). Sistem ini merangkumi ‘pinion’, ‘rack’, ‘arm’ bawah, ‘tie rods’, 'ball joint', dan 'CV joints'. Sambungan atau 'joints' inilah yang paling senang rosak.

Bahagian-bahagian ini mampu bertahan dengan hentakan tapi ada hadnya – jangan terlalu lasak. Satu lubang jalan kecil atau terlanggar bonggol jalan dengan laju selalunya tak membuatkannya rosak terus. Tapi, lubang jalan yang besar atau hentakan kerap akan menyebabkan sistem ini rosak teruk.

5 perkara yang merosakkan sistem stereng kereta anda 02

Hujung ‘tie rod’ boleh patah apabila terkena hentakan yang berlebihan. Gambar: priuschat.com

Apabila ini berlaku, bahagian dalam 'tie rods' dan 'arm' bawah boleh menjadi semakin longgar atau lebih teruk lagi, rosak terus. Roda anda akan jadi lebih bebas untuk begerak. Tambahan pula, simptom yang paling ketara ialah bunyi ‘clunking’ semasa memandu dan stereng yang bergetar.

Sentiasa beringat—ingat dan elakkan melanggar lubang dengan terlalu kerap. Jangan malas untuk perlahankan kenderaan jika lalu di bonggol jalan/’speed bumps’. Walaupun tayar anda dilengkapi rim besi sekuat mana sekalipun, gegaran dan impak pada sistem stereng dan redaman membawa padah yang lebih besar dari sangkaan awal anda.

2. Naik ‘ramp’ dengan sudut stereng ekstrim dan dengan laju

5 perkara yang merosakkan sistem stereng kereta anda 03

Naik ‘ramp’ perlahan-lahan, jangan terburu-buru

Sama seperti bonggol dan lubang jalan, ‘melanggar’ sudut permulaan ketika menaiki ‘ramp’ dengan stereng dipulas luas bukanlah satu tabiat yang bagus. Perkara sama yang ditekankan di sini ialah jangan beri tekanan tinggi pada ‘joints’ sistem kereta. Naiki ‘ramp’ dengan cermat dan perlahan-lahan dan jagalah kesihatan kereta anda sebaik mungkin.

5 perkara yang merosakkan sistem stereng kereta anda 04

Gambar: hagerty.com

3. “Dry steering” atau memulas stereng tanpa bergerak (sambil tekan brek kuat)

5 perkara yang merosakkan sistem stereng kereta anda 05

Gambar: itstillruns.com

Selalunya bila nak masuk dan keluar parking, ramai yang tak sedar bahawa seeloknya stereng dipulas ketika roda bergerak. “Dry steering” maksudnya apabila anda memulas stereng semasa kereta tidak bergerak. Mungkin ada yang pernah nasihatkan anda untuk tidak biasakan tabiat ini tapi anda tak berapa faham sebabnya.

Ada juga sumber-sumber yang mengatakan ‘dry steering’ langsung tak merosakkan kereta. Ini pun ada betulnya, tapi ada satu perkara lagi yang mereka tak sebut…

5 perkara yang merosakkan sistem stereng kereta anda 06

Masa anda pulas stereng tu, anda tekan brek kuat (‘hard braking’) atau tidak?

Jika kereta anda berada di jalan rata dan anda tak tekan pun pedal brek, kereta anda akan bergerak sedikit walaupun anda ‘dry-steer’. Kereta itu tak ‘lock’ pada satu-satu posisi memandangkan anda tak menekan brek kuat dan daya lenturan dilepaskan.

Namun, jika anda tekan brek kuat sambil memulas stereng/dry steering, badan kereta terkunci pada satu posisi dan ‘joints’ akan terlentur. Perkara ini patut dielakkan. Tapi, kalau anda betul-betul terpaksa ‘dry steer’ sambil menekan brek kuat, jangan terlalu risau. Jika dibuat sekali sekala saja, kerosakan pada sistem stereng anda agak minimal.

5 perkara yang merosakkan sistem stereng kereta anda 07

Gambar: medium.com

Benda paling jahanam kalau anda biasa ‘dry steering’ ialah tayar kereta anda. Ia akan haus dengan lebih cepat.

4. Penyelenggaraan tak sempurna

5 perkara yang merosakkan sistem stereng kereta anda 08

Semua bahagian kereta akan haus atau rosak bila dah lama. Malah, ‘lower arm’ juga boleh terhakis. Sumber gambar

Di tengah-tengah sistem stereng kereta anda ialah ‘steering rack’ dan ‘pinion’. ‘Steering rack’ tertutup tapi penutupnya boleh pecah, terutama sekali di kawasan antara ‘steering rack’ dan ‘tie rod’. Malangnya, ‘steering rack’ dipasang di kawasan yang berisiko tinggi – ruang enjin yang panas dan sistem stereng ini pula terdedah kepada haba tinggi.

5 perkara yang merosakkan sistem stereng kereta anda 09

Cecair stereng berkuasa (‘power steering’) bocor. Gambar: naijauto.com

Lama kelamaan, penutup ini boleh rosak dan cecair stereng boleh bocor. Perkara ini harus ditangani dengan segera dan sentiasa pastikan penutup ini sentiasa berfungsi dengan baik. Pastikan tahap cecair ‘power steering’ anda sentiasa mencukupi (jika ada). ‘Bushings’ juga lambat laun akan rosak, oleh itu rajin-rajinlah periksa.

‘Steering rack’ dengan EPS juga memerlukan pelincir, tapi ini tak termasuk dalam penyelenggaraan.

5. Pasang ‘full-lock’ pada stereng

5 perkara yang merosakkan sistem stereng kereta anda 10

Anda mungkin pernah dengar nasihat ini dari orang lama dan ia nasihat yang bagus untuk sistem stereng berkuasa hidraulik. Dalam manual pemilik sesetengah kereta lama, perkara ini dengan jelasnya ada dinyatakan. Pada ‘full lock’, sistem stereng berkuasa hidraulik boleh ‘terbuka’. Tambahan pula, tekanan mekanikal juga boleh terjadi pada sistem apabila anda ‘full lock’.

5 perkara yang merosakkan sistem stereng kereta anda 11

Manual pemilik Honda City terdahulu. Gambar: team-bhp.com

Sistem stereng berkuasa elektronik berfungsi dengan cara yang berlainan. Bantuan kuasa atau ‘power assist’ diletakkan secara langsung pada kolum stereng, bukan ‘rack’. Oleh itu, nasihat yang satu ini tiada kaitan dengan sistem jenis ini.

5 perkara yang merosakkan sistem stereng kereta anda 12

Kami harap tips ini boleh membantu anda jadi pemandu yang lebih bagus dan hebat dalam penjagaan kereta. Jangan lupa untuk beri perhatian pada sistem stereng anda dan pandu cermat!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda