window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 trak pikap aneh yang harus ‘dihidupkan’ semula

Mersita · Jun 22, 2020 02:41 PM

5 trak pikap aneh yang harus ‘dihidupkan’ semula 01

Kadang-kadang, dunia otomotif melihat kemunculan kereta yang nampak pelik lagi aneh. Ada beberapa keluaran yang buat kita tertanya-tanya kenapa wujudnya kereta sebegini? Ada banyak kereta pikap yang bagus dan dah jadi kegemaran rakyat Malaysia, contohnya Toyota Hilux dan Ford Ranger.

Tapi kali ini, kita akan tunjukkan koleksi kereta pikap yang pelik tapi menarik. Ada yang rasanya patut dibina semula, ada pula yang “hmm…apa ni?

5 trak pikap aneh yang harus ‘dihidupkan’ semula 02

Kredit gambar: BMW Blog

1. BMW M3 pick-up (E92)

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Satu-satunya yang pernah dihasilkan, pikap M3 ini dihasilkan oleh jurutera BMW hanya untuk suka-suka. Di ruangan enjinnya dipadatkan dengan enjin V8 S65 4 liter (420 PS, 400 Nm), individual throttle bodies (ITB) berserta transmisi manual. Menarik, kan? Walaupun ia disukai ramai, tetapi pikap BMW ini tak pernah sampai ke tahap produksi.

5 trak pikap aneh yang harus ‘dihidupkan’ semula 01

Kredit gambar: Reddit

2. Honda Civic Type-R (FK8R)

Civic Type-R (CTR) hatchback sememangnya kegemaran ramai, tapi Type-R versi pikap ini buat kami rasa lebih "wow!". Konsep ini diangkat sebagai token sambutan ulangtahun pertama untuk produksi CTR. Walaupun dengan ubahsuai gila-gila dibuat pada bahagian belakangnya, Honda masih mampu mengekalkan spoiler meja makannya di belakang kereta.

Pikap CTR ini masih kekal sebagai kereta konsep hingga ke hari ini. Tetapi, Honda sedang mempertimbangkan untuk membawa kereta konsep ini ke Nurburgring untuk membuat rekod pusingan baru bagi pikap front-wheel drive paling laju. Bagaimana kalau versi pikap ini dapat menandingi versi hatchbacknya? Adakah mereka akan lebih yakin untuk memasukkannya dalam produksi? Siapa tahu, boleh tunggu dan lihat.

5 trak pikap aneh yang harus ‘dihidupkan’ semula 02

Kredit gambar: WhichCar

3. Dodge Ram SRT-10

Berasal dari Amerika Syarikat, Dodge Ram SRT-10 melambangkan trak pikap Amerika dari setiap aspek dan sudut. Enjin Ram SRT-10 ini ialah enjin V10 8 liter yang diangkat dari Dodge Viper. Enjin berkuasa ini menjana 500 PS dan 712 Nm. Rasanya anda dah boleh bayangkan sendiri bunyi kereta ini. Ia didatangkan dengan transmisi manual 6 kelajuan atau automatik 4 kelajuan.

Gril hadapannya yang nampak sasa boleh tingkatkan tahap kekacakan anda kepada 10 mata. Kereta yang sangat padu, menonjol dan gagah. Ram SRT-10 ini dihasilkan dari tahun 2003 hingga 2006 dengan lebih 10,000 unit terjual.

5 trak pikap aneh yang harus ‘dihidupkan’ semula 03

4. Proton Pick-up Concept

Kereta Proton Arena/Jumbuck tak pernah lagi ada penggantinya. Walaupun ia tidak dijual di tanah air sendiri, kereta ini mendapat sambutan yang agak memuaskan di United Kingdom, Australia, Afrika Selatan dan di Utara Ireland.

Kereta konsep Arena baru ini mula-mula diperkenalkan pada 2015 dan ia menggunakan platform Proton Exora. Rekaan berani yang baru ini sememangnya lain daripada rekaan Arena generasi pertama yang biasa-biasa sahaja. Sehingga kini, masih tiada ura-ura tentang pengganti Arena.

5 trak pikap aneh yang harus ‘dihidupkan’ semula 04

Kredit gambar: Mercedes Blog

5. Mercedes W115 ‘El-Camino’

Kereta Mercedes W115 ‘El-Camino’ yang tampak klasik ini dibina di Argentina dari tahun 1972 dan 1976. Ia didatangkan dengan varian single-cab atau double-cab. Ramai pemilik kereta ini menggelarnya sebagai 'La Pickup'. Ia dipadatkan dengan enjin diesel 2.2 liter, menjana kuasa hanya 60 PS bersama transmisi automatik 4 kelajuan. Ia tidak pernah dijual diluar negara Argentina. Kami rasakan yang La Pickup ini sangat sesuai untuk dipandu di tempat-tempat seperti Cameron Highlands kerana stailnya yang klasik dan bergaya.

---

Itulah dia, 5 kereta pikap yang kami rasakan patut dihasilkan semula atau dijadikan realiti untuk menambah lagi warna-warni dunia otomotif. Apa salahnya ada pikap yang klasik, bergaya atau yang ada enjin V10? Siapa tak nak, kan?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda