window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Creta diintip di Malaysia tanpa sebarang samaran tapi dengan plat yang telah berdaftar?

Faisal Β· Sep 23, 2022 12:00 PM

Hyundai Creta diintip di Malaysia tanpa sebarang samaran tapi dengan plat yang telah berdaftar? 01

Kredit foto: The Ajerul.

Seperti yang pernah kami laporkan, Hyundai Sime Darby Malaysia (HSDM) dijangka melancarkan Hyundai Creta sebelum tahun ini berakhir. Menariknya, semalam, telah tertular kelibat SUV segmen B itu di sekitar plaza tol Sungai Besi.

Juga bacaHSDM dijangka bakal lancar 2 model baharu tahun ini; Hyundai Creta dan Hyundai Staria 10-penumpang?

Hyundai Creta diintip di Malaysia tanpa sebarang samaran tapi dengan plat yang telah berdaftar? 02

Intipan yang diperoleh daripada The Ajerul melalui saudara Qayyum Hamid ini menunjukkan ia tanpa sebarang pelekat samaran. Malah, plat nombor yang digunakan juga adalah jenis yang telah didaftar, bukan plat dagangan yang biasa diguna oleh pengeluar sebelum model tersebut dilancarkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jadi, perkara ini menimbulkan sedikit persoalan sama ada model yang menggunakan asas sama dengan Kia Seltos ini milik HSDM sendiri atau unit peribadi.

Juga bacaKia Seltos 2021 dilancarkan secara rasmi - 2 varian, CBU India, harga bermula RM 116k!

Hyundai Creta diintip di Malaysia tanpa sebarang samaran tapi dengan plat yang telah berdaftar? 01

Hyundai Creta di pasaran Thailand.

Setakat ini, Hyundai Creta dipasang di kilang Hyundai yang terletak di Cikarang, Indonesia dan untuk pasaran Thailand pula, ia diimport terus dari kilang tersebut.

Juga bacaH senget vs H tegak, Hyundai Creta hadir dengan spesifikasi dan harga saing Honda HR-V di Thailand!

Hyundai Creta diintip di Malaysia tanpa sebarang samaran tapi dengan plat yang telah berdaftar? 02

Walau bagaimanapun, terdapat dilaporkan bahawa Hyundai Creta di Malaysia nanti mungkin dilancarkan sebagai model pemasangan lokal (CKD). Lagipun, Malaysia sememangnya mengenakan kadar duti eksais yang tinggi buat model yang diimport dari Indonesia. Jadi, agak logik kalau HSDM terus menawarkannya sebagai model CKD untuk harga yang lebih kompetitif.

Juga baca2022 Hyundai Creta facelift rasmi dari RM 82k, bakal ganti Hyundai Kona di Malaysia?

Hyundai Creta diintip di Malaysia tanpa sebarang samaran tapi dengan plat yang telah berdaftar? 03

Hyundai Creta di Indonesia.

Secara amnya, Hyundai Creta adalah saudara kepada Kia Seltos dan ia kiranya akan bersaing dengan SUV seperti Proton X50.

Hyundai Creta diintip di Malaysia tanpa sebarang samaran tapi dengan plat yang telah berdaftar? 04

Dari segi teknikal, SUV segmen B ini menggunakan enjin petrol 1.5L NA Smartstream (115 PS, 144 Nm) yang berkemungkinan dipadankan dengan transmisi CVT Hyundai yang dipanggil sebagai IVT.

Jadi, sama-samalah kita nantikan berita lanjut.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Hyundai Creta 1.5 PLUS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda