window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lakaran: Hyundai Creta facelift sah CKD Indonesia, Malaysia dalam perancangan?

Haris · Oct 22, 2021 09:00 AM

Lakaran: Hyundai Creta facelift sah CKD Indonesia, Malaysia dalam perancangan? 01

PT Hyundai Motors Indonesia (HMID) telah mengumumkan melalui laman web rasmi mereka bahawa Hyundai Creta bakal menjadi SUV Hyundai pertama yang dibuat di Indonesia. Pengumuman ini berikutan daripada pembukaan kilang Hyundai baharu, pertama di Asia Tenggara di Cikarang, Indonesia.

SungJong Ha, Pengarah Presiden PT Hyundai Motors Indonesia, berkata “Komitmen Hyundai sebagai game-changer dalam industri automotif menjadi motivasi kami dalam memberikan produk dan layanan terbaik kepada pelanggan Indonesia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Spyshot: Hyundai Creta diintip, SUV kompak baru yang bakal menggantikan Kona?

Lakaran: Hyundai Creta facelift sah CKD Indonesia, Malaysia dalam perancangan? 01

“Hyundai Creta merupakan produk dengan ciri khas Hyundai yang penuh inovasi serta direka khusus untuk memenuhi keperluan serta gaya hidup modern masyarakat Indonesia.

Hyundai Creta buatan Indonesia ini ditonjolkan melalui lakaran dengan karakter yang kuat dengan penampilan hadapan yang tegap, rekaan visual unik yang lain dari yang lain. Rekaan garis bumbung lurus dan tiang-C tebal menegaskan lagi penampilannya yang mantap.

Lakaran: Hyundai Creta facelift sah CKD Indonesia, Malaysia dalam perancangan? 02

Hyundai Creta akan menggunakan Parametric Jewel Grille yang mengambil inspirasi dari nuansa rekaan Hyundai: Parametric Dynamics. Rekaan ini juga mirip Hyundai Tucson generasi baharu dengan rekaan lampu belakang jenis Boomerang dan High Mounted Stop Lamp (HMSL). 

Sentuhan kontemporari dan mewah pada rekaan dalaman semakin menambah daya tarikan SUV ini. Pada bahagian hadapan, susunan papan pemuka yang memanjang ke arah pintu yang membentuk lekukan sayap, kelihatan berani dan dinamik, serta memberikan perlindungan ekstra bagi penumpang. Konsol tengah dihiasi skrin berukuran 8 inci yang terintegrasi, memberikan rupa yang tahan lasak.

Lakaran: Hyundai Creta facelift sah CKD Indonesia, Malaysia dalam perancangan? 03

Hyundai turut menawarkan D-cut steering wheel yang untuk kesan sporty serta ventilasi vertikal yang terintegrasi dengan defogger untuk melengkapi penampilan unik. Selain itu, Hyundai Creta mempunyai perincian unik lain seperti grill speaker bermotif tiga dimensi dan Silver Bezel yang membungkus tombol gear.

Adakah ia akan menggantikan Hyundai Kona? Kedua-duanya adalah SUV segmen B justeru salah satu model akan memberi laluan kepada model yang lebih berjaya. Malah, kejayaan Hyundai Creta terbukti dengan sambutan di India dan China (dijual sebagai Hyundai ix25) yang menjadikannya sebuah model yang tepat untuk rantau ASEAN. Adakah Malaysia dalam sasaran?

Baca: Pelan eksport kereta Malaysia ke Indonesia tergugat dengan Hyundai Creta 7 tempat duduk?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Hyundai Creta 1.5 PLUS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda