Sebentar tadi, PT Toyota-Astra Motor baru sahaja melancarkan Toyota Vios generasi 2023 ke pasaran Indonesia.
Secara amnya, kesemua varian yang ditawarkan di sana iaitu E, G CVT dan G CVT TSS menggunakan enjin 1.5L NA 2NR-VE yang menghasilkan 106 PS dan 138 Nm tork.
Kuasa pula dipadankan dengan pilihan transmisi manual 5 kelajuan atau CVT. Bercakap mengenai CVT, varian yang menggunakan transmisi ini juga lengkap dengan pilihan mod memandu Eco/Power.
Juga baca: Toyota Vios D92A enjin 1.5L pertama akan menyusul di Indonesia selepas Thailand dan Laos!
Pada bahagian luar, Vios 2023 di Indonesia untuk varian bawah hadir dengan roda 16 inci, manakala varian pertengahan dan atas lengkap dengan saiz 17 inci. Kedua-dua varian ini juga menggunakan lampu depan dan belakang jenis LED.
Masuk ke bahagian dalam, Vios 2023 di pasaran sana datang standard pembersih udara dan infotainment 9 inci yang lengkap dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.
Menariknya, ciri kamera 360-darjah tidak ada langsung. Ciri yang ekslusif buat varian lebih atas pula adalah bahan kulit pada bahagian pintu dan konsol tengah, kluster digital 7 inci, brek parkir elektrik (EPB), pelaras stereng jenis teleskopik.
Istimewa untuk varian paling atas adalah pembersih udara.
Seperti yang dimaklumkan, varian atas sekali yang ada Toyota Safety Sense (TSS) datang dengan bantuan keselamatan autonomi (ADAS) yang merangkumi ciri seperti:
Cumanya, ciri Blind Spot Monitoring turut ada pada varian G.
Dari segi harga, Toyota Vios generasi 2023 di Indonesia ditawarkan pada harga seperti berikut:
Bagaimana dengan Malaysia?
Dengan tibanya Vios serba baharu di pasaran jiran seperti Thailand (Yaris Ativ) dan juga Indonesia, pelancaran di Malaysia mungkin hanya menunggu masa tetapi dengan produksi CKD yang perlu menunggu dahulu kilang pertama di rantau ini, pelancaran di tanah air kita mungkin berlangsung pada separuh kedua 2023.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}