Dengan iklan yang dikeluarkan oleh Toyota Indonesia baru-baru ini, kita semua dapat tahu bagaimana rupanya wajah depan buat Toyota Innova generasi 2023. Sekarang pula, telah tersebar satu gambar paten yang menunjukkan Innova baharu dengan bumbung suria panoramik.
Apapun, kapsyen dari Toyota Indonesia hanya mengatakannya sebagai “the next prestigious crossover”.
Jadi, sesetengah varian buat Innova Zenix nanti bakal ada ciri bumbung suria panoramik tetapi ia bukanlah untuk semua pasaran. Barangkali hanya sesetengah sahaja.
Setakat ini, Innova generasi baharu dilaporkan menggunakan platform TNGA-C yang sama pada Corolla Cross.
Pada masa yang sama, MPV segmen C ini juga mungkin datang dengan sususan pacuan roda depan (FWD) untuk ruang kabin yang lebih luas.
Dari segi teknikal pula, Innova Zenix mungkin dikuasakan oleh enjin 2.0L Dynamic Force jenis petrol biasa dan juga hibrid. Dengan ura-ura yang mengatakan ia berpacuan roda depan, transmisi yang digandingkan juga mungkin jenis CVT.
Berkenaan kelengkapan pula, Innova serba baharu turut dikaitkan dengan ciri seperti brek parkir elektrik (EPB) dan infotainment 10 inci.
Selain itu, ADAS Toyota Safety Sense (TSS) pula akan ditawarkan eksklusif untuk varian teratas.
Bagi anda yang belum tahu, nama Innova Zenix juga telah ditanda dagang di Malaysia serta beberapa negara Asia Tenggara yang lain.
Namun begitu, terdapat sedikit berita yang kurang menyenangkan yang mana anggaran harga berdasarkan laporan media Indonesia menunjukkan bahawa ia berada dalam julat RM 125k – RM 189k. Kiranya di sana, varian teratas buat Innova serba baharu akan berharga lebih mahal daripada Toyota Voxy. Lain macam kan Innova yang baru ini?
Juga baca: Toyota Innova Zenix hibrid 2023 dengan platform TNGA-C! Ini apa yang kami tahu setakat ini
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}