Baru-baru ini, tertular satu intipan di Vietnam yang berupa sebuah Toyota Vios generasi terdahulu (NSP151) dengan wajah depan yang berbeza. Rim yang dapat dilihat juga nampak lain. Model ini kiranya bukan Vios DNGA (D92A) yang sedang giat menembus pelbagai pasaran di Asia Tenggara.
Menurut laporan lanjut dari AutoPro, pelanggan di pasaran Vietnam sangat suka dengan model terdahulu sampai Toyota terpaksa mengeluarkan satu lagi facelift. Kata laporan itu juga, ia akan dilancarkan di Bangkok Motor Show 2023 yang bakal berlangsung pada akhir Mac nanti.
Kalau anda nak tahu, kelewatan model sebenarnya bukanlah perkara asing dalam industri ini. Sebagai contoh, Pakistan pada Julai 2021 baru melancarkan Honda City generasi lalu (GM6) sedangkan generasi sekarang iaitu model GN2 sudah rasmi sejak tahun 2019 lagi.
Juga baca: Honda City generasi lalu (GM6) dilancar di Pakistan, ganti model GM2 berusia 12 tahun
Apapun, mengenai Vios generasi baharu, ia setakat ini sudah ada di pasaran Thailand dan Indonesia. Pelancaran di Malaysia pun akan berlangsung tidak lama lagi.
Juga baca: SAH! Toyota Vios 2023 D92A bakal dilancarkan di Malaysia, akan mengegarkan pasaran sedan segmen B!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}