UMW Toyota Motor telah memulakan tahun 2023 dengan penuh bergaya apabila baru sahaja melancarkan sehingga 5 model terkini (baharu, generasi baharu dan varian kemaskini baharu) minggu lepas namun langsung tidak mengurangkan momentum syarikat itu untuk menawarkan lebih banyak model baharu.
Terbaru, Toyota Malaysia telah tampil dengan imej acah "Akan Datang" dengan tema "Defy" (Cabar).
Sehubungan itu, video acah di laman web rasmi Toyota Malaysia turut tampil dengan ayat "Cabar had di mana perjalanan anda bermula dan berakhir. Pengiraan detik pelancaran telah bermula. Tunggu." sambil menambah tarikh 24.02.2023.
Berdasarkan rujukan sebelum ini, tema "Defy" pernah digunakan untuk model baharu di pasaran lain untuk pelancaran Toyota Camry baharu. Oleh yang demikian, ia mungkin merujuk kepada model sedan justeru Toyota Vios baharu D92A adalah calon yang sesuai.
Baca: SAH! Toyota Vios 2023 D92A bakal dilancarkan di Malaysia, akan mengegarkan pasaran sedan segmen B!
Sungguhpun begitu, Toyota Malaysia turut menggunakan "Cabar Jangkaan" kerana terdapat satu lagi model yang juga sesuai untuk dilancarkan di Malaysia. Toyota Innova generasi baharu yang telah dilancarkan di Indonesia tahun lepas sememangnya ditunggu-tunggu rakyat Malaysia dan sesuai untuk "mencabar jangkaan" awal tadi.
Sebagai peminat Toyota, apa kata tunggu detik 24-February 2023, Jumaat ini untuk mengetahui apakah yang tersirat. Mungkin, hanya tempahan dibuka untuk salah satu daripada model yang dinyatakan?
Baca: Toyota Innova Hybrid bakal dilancarkan pada 2023? UMWT sahkan model hibrid ke-2 untuk Malaysia
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}