Seperti yang anda tahu, keluaran Toyota Vellfire telahpun dirancang untuk berhenti.
Hal ini disebabkan oleh jualan di Jepun yang agak hambar dan Alphard sendiri jauh lebih laku sampai menjadi βTop 5β dalam jualan kereta paling laris di Jepun.
Menariknya, laporan terbaru seperti memberi harapan cerah buat Vellfire.
Menurut Best Car Web, Vellfire akan menerima generasi baru yang mana pelancarannya dikatakan berlangsung di Jepun seawal Mei ini. Lakaran yang dihasilkan setakat ini juga banyak menunjukkan bahawa elemen lampu depan yang ada dua bahagian akan terus kekal.
Apa yang sedikit lain dari jangkaan adalah sumber terdekat yang Best Car Web peroleh mengatakan bahawa reka bentuk Alphard dan Vellfire generasi baru akan sama. Mungkin Vellfire nanti hanya sebagai trim berbeza?
Apapun, Alphard dan Vellfire akan menggunakan trenkuasa dan platform TNGA-K yang sama.
Bercakap mengenai trenkuasa, salah satunya adalah enjin turbo hibrid dari Toyota Crown Crossover yang menghasilkan output sehingga 340 PS dan 542 Nm tork. Satu lagi mungkin enjin 2.4L turbo dari Lexus NX yang menghembuskan 279 PS dan 430 Nm tork. Tetapi untuk MPV ini, outputnya mungkin dikurangkan sedikit.
Juga baca: 340 PS Mega Van? Toyota Alphard Hybrid mungkin menyusul Mei 2023 ini!
Setakat ini, imej sebetulnya mengenai Alphard/Vellfire generasi baru telahpun didedah di China dan ia sememangnya nampak lebih mewah.
Juga baca: Spyshot: Kabin dalaman Toyota Alphard generasi baharu tertiris, TNGA dengan kemewahan dalaman!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}