Minggu lalu, Toyota Agya serba baharu telah dirasmikan ke pasaran Indonesia melalui pertunjukan di Jakarta Auto Week 2023. Dalam acara sama, PT Toyota Astra Motor (TAM) sebenarnya turut memperlihatkan Toyota RAV4 GR Sport PHEV.
Menurut Pengarah Pemasaran TAM, Anton Jimmi Suwandy, SUV hibrid plug-in ini akan dijual di Indonesia secara import (CBU) dari Thailand. Jelas beliau, ia akan berharga di bawah lingkungan 1 bilion IDR (~RM 291.2k).
Dari segi teknikal, RAV4 PHEV yang ditayangkan itu menggunakan enjin 2.5L VVT-iE yang dibantu oleh motor elektrik belakang (AWD-i). Kuasa yang dijana sehingga 306 PS diuruskan oleh transmisi eCVT dan jarak pemanduan elektrik penuh boleh pergi sejauh 75 km (kitaran WLTP).
Dengan penggunaan trenkuasa hibrid plug-in, RAV4 yang cukup berkuasa ini didakwa menggunakan petrol serendah 6.2 liter/100 km. Pecutan 0 – 100 km/j pula mengambil masa 6 saat sahaja.
Walaupun pasaran terdekat kita seperti Thailand dan Indonesia mendapat RAV4 PHEV, SUV berprestasi tinggi Toyota ini mungkin tidak akan masuk Malaysia kerana sambutan RAV4 varian biasa yang dijual dari Jun 2020 - Mac 2022 pun tidak begitu menggalakkan.
Juga baca: Toyota RAV4 2021 digugurkan dari laman rasmi Toyota Malaysia, model facelift bakal tiba?
Mengenai GR, model di pasaran Malaysia terdiri daripada Yaris, Supra, 86 dan Corolla. Varian GR Sport pula ada untuk Hilux, Vios dan Corolla Cross.
Juga baca:
Serangan 3 penjuru: UMWT melancarkan Toyota GR86, GR Corolla, & GR Supra manual 2023 di Malaysia!
Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia - kosmetik & suspensi dipertingkat
Sumber: AutoFun ID
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}