window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia - kosmetik & suspensi dipertingkat

Faisal · Feb 17, 2023 08:30 PM

Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia - kosmetik & suspensi dipertingkat 01

Sebentar tadi, UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja melancarkan varian GR Sport buat Hilux dan juga Corolla Cross di pasaran Malaysia.

Kedua-dua jentera agresif ini mewakili varian teratas dalam penawaran masing-masing, sekaligus meletakkan harganya pada RM 159,148.50 dan RM 142,200 (harga di atas jalan, CKD, tanpa insurans).

Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia - kosmetik & suspensi dipertingkat 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia - kosmetik & suspensi dipertingkat 01

Secara amnya, kedua-dua model GR Sport hadir dengan peningkatan dari segi kosmetik dan suspensi.

Juga bacaRebiu: Toyota Vios GR-Sport 2020 - juara kendalian pemanduan dalam kelasnya!

Toyota Corolla Cross GR Sport

Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia - kosmetik & suspensi dipertingkat 02

Mari kita mulakan dengan SUV yang popular dahulu. Untuk varian sporty ini, ia tampil dengan gril depan dan bampar yang lebih agresif dan bahagian tepinya pula lengkap dengan skirting unik dan roda 18 inci GR.

Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia - kosmetik & suspensi dipertingkat 03

Selain itu, terdapat lencana GR Sport pada bahagian belakang dan kedua dua lampu depan dan belakang diberi grafik smoked-look. Dalam masa yang sama, cermin sisi, spoiler dan bumbungnya diberi warna hitam untuk imej ala dwi-tona.

Dalam hal ini, ada caj tambahan untuk pilihan warna Platinum White Pearl (RM 800, RM 2000 untuk dwi-tona), Red Mica Metallic (RM 1,500) dan Nebula Blue Metallic (RM 1,500).

Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia - kosmetik & suspensi dipertingkat 04

Masuk ke bahagian dalam, lencana istimewa ini mendominasi bahagian kabin yang mana ia diterapkan pada bahagian perehat kepala tempat duduk depan, butang push start dan karpet dan kunci.

Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia - kosmetik & suspensi dipertingkat 05

Trim yang digunakan pula hadir dengan sentuhan warna hitam kilat dan jahitan berwarna merah.

Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia - kosmetik & suspensi dipertingkat 06

Dari segi teknikal, Corolla Cross GR-S datang istimewa dengan suspensi yang lebih mantap dan Performance Bar didatangkan buat kali pertama untuk mengurangkan lagi body roll.

Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia - kosmetik & suspensi dipertingkat 07

Gambar hiasan.

Apapun, trenkuasanya kekal sama seperti yang digunapakai pada varian 1.8V iaitu nadi yang mengeluarkan output sebanyak 139 PS/172 Nm.

Menariknya, stereng pada Corolla Cross GR-S menggunakan Sport ECU untuk tindak balas yang lebih responsif.

Juga bacaRebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik!

Toyota Hilux GR Sport

Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia - kosmetik & suspensi dipertingkat 08

Untuk trak pikap ini pula, model GR-S tampil dengan estetik yang lebih agresif daripada Hilux Rogue. Sebagai contoh, gril depannya yang lebih garang juga menonjolkan tulisan T O Y O T A bagi memberikan wajah yang lebih ganas.

Juga bacaToyota Hilux Rogue – trak sasa yang layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM?

Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia - kosmetik & suspensi dipertingkat 09

Fendernya juga lebih lebar dan mengikut warna badan. Melengkapi bahagian tepi pula adalah roda 18 inci GR yang turut memperlihatkan pengapit brek depan berwarna merah siap dengan logo GR. Imej sporty pada trak pikap GR Sport ini juga ditonjolkan dengan logo GR yang meliputi bahagian gril dan belakang.

Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia - kosmetik & suspensi dipertingkat 10

Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia - kosmetik & suspensi dipertingkat 11

Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia - kosmetik & suspensi dipertingkat 12

Masuk ke dalam, kabinnya turut dipenuhi lencana GR Sport yang mana ia diterapkan pada bahagian stereng, skrin kluster, butang push start dan pada perehat kepala tempat duduk depan yang mana pada model GR-S ini dinaik taraf dengan bahan suede.

Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia - kosmetik & suspensi dipertingkat 13

Antara ciri yang didatangkan eksklusif buat model ini serta pertama kali buat Hilux adalah paddle shifter dan pedal kaki jenis aluminium.

Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia - kosmetik & suspensi dipertingkat 14

Bercakap mengenai eksklusif, Hilux GR Sport juga hadir dengan suspensi lebih padu yang mana penyerap hentakannya dinaik taraf untuk pengendalian dan pemanduan yang lebih stabil. Springnya juga dipertingkatkan.

Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia - kosmetik & suspensi dipertingkat 15

Dari segi teknikal, ia menggunakan enjin sama yang ada pada Hilux Rogue iaitu nadi 1GD-FTV 2.8L turbodiesel yang berkuasa 204 PS / 500 Nm. Transmisinya juga kekal dengan jenis automatik 6 kelajuan.

Toyota Hilux & Corolla Cross model GR Sport dilancar di Malaysia - kosmetik & suspensi dipertingkat 16

Anda yang berminat untuk melihat kedua-dua jentera GR Sport terbaru ini dengan lebih depat boleh terus ke bilik pameran GR-S dan GR Garage di sini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda