window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan bulanan kedua terbanyak UMW Toyota Malaysia setakat ini - 7,579 unit terjual Mei 2022!

Haris · Jun 14, 2022 07:00 PM

Jualan bulanan kedua terbanyak UMW Toyota Malaysia setakat ini - 7,579 unit terjual Mei 2022! 01

UMW Toyota Motor Sdn Bhd, pengedar kenderaan jenama Toyota dan Lexus terus melangkah ke depan pada kadar yang stabil, mencatatkan jualan bagi bulan Mei pada 7,442 unit, manakala Lexus mencatatkan jumlah jualan sebanyak 137 unit. Angka tersebut merupakan angka jualan kedua terbaik selepas Mac 2022 (8,487 unit) yang membawakan jumlah keseluruhan Toyota dan Lexus terjual di Malaysia adalah sebanyak 36,972 unit setakat ini.

Jualan bulanan kedua terbanyak UMW Toyota Malaysia setakat ini - 7,579 unit terjual Mei 2022! 02

Jualan keseluruhan untuk April adalah pada 6,946 unit (Toyota + Lexus) berbanding 7,579 unit (Toyota + Lexus) yang dicatatkan pada bulan Mei tahun yang sama, menandakan peningkatan sebanyak 633 unit atau 9.1 peratus lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Prestasi UMWT naik 11%, hampir 30,000 unit Toyota dan Lexus terjual pada Q1 2022 di Malaysia

Jualan bulanan kedua terbanyak UMW Toyota Malaysia setakat ini - 7,579 unit terjual Mei 2022! 01

UMW Toyota berjaya mengekalkan jumlah jualan dengan konsisten dan mencatatkan hanya sedikit perbezaan apabila membandingkan bulan semasa dengan bulan yang sama untuk tahun sebelumnya.

Jumlah jualan untuk tahun 2022 sehingga kini (YTD) berjumlah 36,972 unit (Toyota + Lexus), berbanding 34,026 unit (Toyota + Lexus) untuk jualan tahun YTD pada Mei 2021. Ini juga peningkatan sebanyak 9 peratus (Toyota+ Lexus) jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Jualan bulanan kedua terbanyak UMW Toyota Malaysia setakat ini - 7,579 unit terjual Mei 2022! 02

Walaubagaimanapun, jualan kenderaan di Malaysia diramalkan akan perlahan untuk sepanjang tahun ini. Berdasarkan gangguan bekalan semikonduktor global, pihak pengeluar kereta mendapati sukar untuk meningkatkan pengeluaran mereka untuk memenuhi permintaan.

Selain itu, penyambungan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) selepas Jun 2022 juga akan mengurangkan jualan. Walau bagaimanapun, sesetengah pihak mungkin ingin mengambil kesempatan daripada penetapan harga sebelum pelaksanaan semula SST dan ini akan membantu untuk meningkatkan jualan.

Baca: Lagi 3 minggu tamat, tempoh pengecualian cukai SST untuk kenderaan mungkin dilanjutkan!

Jualan bulanan kedua terbanyak UMW Toyota Malaysia setakat ini - 7,579 unit terjual Mei 2022! 03

“Ketika kami pulih untuk separuh kedua tahun ini, kami di UMW Toyota benar-benar menghargai dan bersemangat dengan sokongan yang kami terima daripada pelanggan kami. Sudah menjadi dasar kami untuk mengutamakan pelanggan dan kami sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada ramai peminat Toyota semasa kami keluar dari masa yang tidak menentu ini.

"Kami menantikan keyakinan yang berterusan terhadap produk dan keupayaan servis kami, disokong oleh teknologi automotif termaju kami dan diselesakan oleh ciri keselamatan semua produk kami. Inilah pandangan yang lebih positif untuk menempa masa ke hadapan,” kata Ravindran K, Presiden UMW Toyota Motor.

Jualan bulanan kedua terbanyak UMW Toyota Malaysia setakat ini - 7,579 unit terjual Mei 2022! 04

Promosi bulanan masih diteruskan iaitu UMW Toyota menawarkan faedah bernilai RM 4,000 kepada peminat Yaris dan Vios. Jun juga akan menyaksikan pencinta Toyota bersiap sedia untuk penjimatan pertengahan tahun serta rebat tunai dan cukai jualan.

UMW Toyota menjangkakan perkembangan seterusnya apabila mereka bersiap sedia untuk pelancaran produk akan datang. UMW Toyota komited sepenuhnya ke arah inovasi, kerana peminat Toyota diberi kuasa memandu ke arah tawaran nilai terbaik, hadir dengan mobiliti ultra-moden, ciri keselamatan yang cemerlang dan prestasi yang tidak tandingan.

Baca: Nilai RM lemah, kos bahan tinggi - UMW Toyota sedang bekerja keras untuk hadkan kenaikan harga!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda