SUV hadir dalam pelbagai harga, dengan sesetengahnya dilihat agak berpatutan di samping ada SUV yang sangat mahal. Honda CR-V generasi baharu misalnya, dijangka akan melepasi RM 200k. Bayangkan, ini lonjakan daripada model generasi sekarang yang berharga daripada RM 146,900 - RM 171,400.
Peningkatan dalam bilangan SUV mampu milik di pasaran yang sebahagian besarnya disebabkan oleh populariti SUV telah menyebabkan lebih ramai pengeluar kereta menawarkan model yang lebih meluas pada titik harga yang berbeza. Situasi ini juga adalah situasi menang-menang untuk semua pihak.
Baca: Honda CR-V 2023 serba baharu muncul dalam dokumen cukai Indonesia - 24% lagi mahal!
Populariti SUV yang dilihat praktikal, selamat dan versatil turut menjadikan sambutan meningkat. Kini, SUV juga tampil dengan rekaan yang sangat bergaya dan contoh terbaik adalah Proton X50. Sehingga hari ini, Proton X50 dilihat sebagai model yang paling bergaya dalam barisan model Proton dan rekaan ini turut memacu jualannya!
Dengan lambakan SUV dalam pasaran sekarang, anda tidak perlu mencari jauh untuk menemui model SUV terpakai di bawah harga RM 100k. Berikut adalah beberapa model SUV terpakai di bawah tanda harga tersebut sebagai rujukan anda.
Melihat kepada pilihan yang disenaraikan oleh hos kami Seline, rupa-rupanya anda tidak perlu berkompromi dalam mencari SUV yang luas, bergaya dan praktikal pada harga yang mampu milik.
CARSOME mempunyai pilihan yang banyak untuk SUV terpakai bawah RM 100k dan senarai yang diberikan mungkin akan mengejutkan anda. Tekan pautan di atas untuk melihat model mana yang sesuai dengan keperluan anda!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}