Toyota bZ4X nampaknya akan menjadi salah satu daripada kereta rasmi buat persidangan ASEAN Summit 2023 yang akan berlangsung dari 9 - 11 Mei 2023 di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur.
Menurut Setiausaha Kementerian Sekretariat Kerajaan Negeri Indonesia, Setya Utama, bilangan Toyota bZ4X yang terlibat adalah sebanyak 65 unit dan ia ditugaskan untuk membawa delegasi dari pelbagai negara ke Summit ke-46 itu. Untuk makluman anda, EV tersebut dipinjamkan oleh PT Toyota Astra Motor (TAM) dan mendapat kelulusan dari Presiden Jokowi kerana ia menepati aspek penggunaan serta mencerminkan hala tuju yang Indonesia ingin ketengahkan.
Juga baca: Maju jauh ke depan, Toyota Indonesia sertai usaha elektrifikasi dengan pelancaran xEV Centre
Jelas Setya dalam acara penyerahan kereta rasmi buat ASEAN Summit 2023, βToyota bZ4X sesuai dengan keadaan geografi di Labuan Bajo yang mana ia merangkumi jalan yang berliku-liku dan banyak naik turun bukit. Lagi satu, kereta itu hanya menggunakan bateri. Jadi, isu yang melibatkan alam sekitar memang tiada langsung.β
Dalam masa yang sama, Toyota Indonesia akan menyediakan beberapa jurutektik beserta 12 pusat mengecas untuk memberikan pengalaman pengangkutan yang menyeluruh kepada para delegasi.
Juga baca: Pandang pertama EV Toyota bZ4X spesifikasi Malaysia - dilancarkan tak lama lagi?
Sumber: AutoFun ID
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}