window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

9,792 unit Proton dijual pada Mei 2022, X50 SUV segmen B No.1 di Malaysia dengan 2,779 unit terjual!

Zamil Syaheer · Jun 4, 2022 11:00 AM

9,792 unit Proton dijual pada Mei 2022, X50 SUV segmen B No.1 di Malaysia dengan 2,779 unit terjual! 01

Jenama kereta nasional, Proton, mencatatkan jualan sebanyak 9,792 unit (tempatan + eksport) bagi bulan Mei setelah berjaya meningkatkan pengeluaran degan mengatasi isu bekalan komponen.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8% berbanding dengan April 2022 dan 3.7% berbanding den gan Mei 2021.

9,792 unit Proton dijual pada Mei 2022, X50 SUV segmen B No.1 di Malaysia dengan 2,779 unit terjual! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbanding dengan pasaran automotif secara keseluruhan pula, Proton kekalkan kedudukan di tangga kedua dengan anggaran pegangan pasaran semasa sebanyak 19.6% manakala jumlah pegangan pasaran tahunan (YTD) dianggarkan berada pada 17.1%.

Baca juga: Proton optimis kenaikan OPR tidak jejas jualan kenderaan, pasaran akan stabil!

Proton X50 menguasi jualan SUV

9,792 unit Proton dijual pada Mei 2022, X50 SUV segmen B No.1 di Malaysia dengan 2,779 unit terjual! 01

Proton X50 terus menguasai pasaran SUV selepas 2,779 unit didaftarkan pada bulan Mei membolehkan ia menyandang kedudukan pertama bagi SUV segmen-B dan juga segmen SUV secara keseluruhan.

2020 Proton X50 Accessories Urban Package

Pakej aksesori yang ditawarkan untuk X50

Sebagai rangkuman, Proton X50 bersaing dalam segmen yang semakin popular kerana pembeli menyukai kedudukan pemanduan yang tinggi tetapi tanpa saiz SUV segmen C seperti Proton X70 atau Honda CR-V.

Baca juga: Proton akan lancar sekurangnya 3 model baru dalam 2 tahun ini – X90, Persona berasas Emgrand & MPV berasas Jiaji?

9,792 unit Proton dijual pada Mei 2022, X50 SUV segmen B No.1 di Malaysia dengan 2,779 unit terjual! 03

Ia didatangkan dengan pelbagai ciri peneraju kelas seperti pemanduan separa autonomi ADAS Tahap 2, bumbung matahari panoramik, enjin 3-silinder pengecas turbo 1.5 liter, transmisi dwi-klac 7-kelajuan, Intelligent Voice Command dan Auto Parking. Dengan harga bermula dari RM 79k hingga RM 103k, maka tak hairanlah ramai yang membelinya.

Baca juga: Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia!

9,792 unit Proton dijual pada Mei 2022, X50 SUV segmen B No.1 di Malaysia dengan 2,779 unit terjual! 04

Dua lagi model Proton yang kekal di tempat pertama di segmen masing-masing adalah Proton X70 dan Proton Exora dengan jualan sebanyak 692 unit dan 387 unit.

Berikut adalah angka prestasi bagi setiap model Proton padaa bulan Mei 2022, termasuklah pasaran eksport:

Model Jumlah unit terjual Jumlah jualan 2022 Pencapaian jualan untuk Mei 2022
Saga 3,996 18,024 Jualan sedan segmen A kedua tertinggi
Persona 1,385 5,787 Jualan sedan segmen B ketiga tertinggi
Exora 387 1,435 Jualan MOV segmen C tertinggi
Iriz 553 2,122 Jualan hatchback segmen B keempat kertinggi
X70 692 6,460 Jualan SUV segmen C tertinggi
X50 2,779 11,059 Jualan SUV segmen B tertinggi dan segmen SUV keseluruhan tertingi
Jumlah 9,792 45,337  

9,792 unit Proton dijual pada Mei 2022, X50 SUV segmen B No.1 di Malaysia dengan 2,779 unit terjual! 05

“Peningkatan jualan Proton pada bulan Mei disebabkan Syarikat menaikkan jumlah pengeluaran untuk mengejar permintaan pasaran. Sama dengan semua jenama industri automotif, kami masih berusaha untuk mendapat bekalan komponen supaya boleh memenuhi tempahan yang tertunggak dan oleh itu, Proton amat menghargai kesabaran pelanggan yang tetap memberi sokongan kepada kami,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Pegawai Eksekutif, Proton.

Baca juga: Hilang sejak 2012, Proton kini kembali di Afrika Selatan; penghantaran Saga, X50 & X70 beransur

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda