window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bermaz sahkan pelancaran Mazda MX-30 EV di Malaysia, sasar Q3/Q4 2022

Mersita Β· Dec 22, 2021 07:00 PM

Bermaz sahkan pelancaran Mazda MX-30 EV di Malaysia, sasar Q3/Q4 2022 01

Bermaz Auto, syarikat induk pengedar Mazda iaitu Bermaz Motor, telah membuat pengesahan kepada pemegang sahamnya serta rakan perbankan yang ia akan melancarkan Mazda MX-30 EV di Malaysia.

Mazda SUV segmen C elektrik sepenuhnya ini akan dilancarkan di Malaysia pada sekitar suku ketiga atau suku keempat 2022.

Bermaz sahkan pelancaran Mazda MX-30 EV di Malaysia, sasar Q3/Q4 2022 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ini memberikan Bermaz masa lebih kurang setahun untuk menjual MX-30 tanpa cukai sebelum pengecualian cukai import dan eksais bagi kenderaan elektrik berbateri (BEV) diimport (CBU) tamat pada 31 Disember 2023.

Baca juga: Bajet 2022: Tarikh luput 0% cukai import dan eksais bagi BEV – 2023 untuk CBU, 2025 untuk CKD

Bermaz sahkan pelancaran Mazda MX-30 EV di Malaysia, sasar Q3/Q4 2022 01

Unit pertama Mazda MX-30 EV telahpun tiba di Malaysia

Mazda MX-30 buatan Jepun ini mempunyai dasar lebih kurang sama dengan Mazda CX-30, tapi dengan penggayaan luaran dan dalaman kereta yang sangat berlainan. Ia datang lengkap dengan pintu berengsel belakang (juga dikenali sebagai ‘suicide doors’).

Bermaz sahkan pelancaran Mazda MX-30 EV di Malaysia, sasar Q3/Q4 2022 02

MX-30 menjana kuasa 145 PS dan tork 271 Nm, dikuasakan oleh pek bateri 35.5 kWh. Dibawah kitaran ujian WLTP yang lebih ketat, ia menjanjikan jarak perjalanan sehingga 209 km.

Bermaz sahkan pelancaran Mazda MX-30 EV di Malaysia, sasar Q3/Q4 2022 03

Ia mengambil masa antara 30 ke 40 minit untuk siap dicas dari 0 ke 80 peratus menggunakan pengecas pantas DC 50 kW. Jika dicas di rumah menggunakan pengecas AC 6.6 kW, ia mengambil masa 4.5 jam untuk siap dicas.

Bermaz sahkan pelancaran Mazda MX-30 EV di Malaysia, sasar Q3/Q4 2022 04

Soket pengecasnya ialah jenis Type 2 (untuk AC) dan CCS (untuk DC).

MX-30 ini juga ada versi hibrid ‘plug-in’, namun ini bukanlah model yang dinyatakan oleh Bermaz.

Bermaz sahkan pelancaran Mazda MX-30 EV di Malaysia, sasar Q3/Q4 2022 05

MX-30 hibrid ‘plug-in’ belum lagi dilancarkan di peringkat global, oleh itu perinciannya setakat ini belum dapat disahkan. Ura-ura mengatakan bahawa trenkuasanya agak unik, dengan enjin ‘rotary’ yang berfungsi sebagai ‘series-hybrid’ bagi mengecas baterinya dan bukannya memacu roda kereta itu sendiri.

Bermaz sahkan pelancaran Mazda MX-30 EV di Malaysia, sasar Q3/Q4 2022 06

Apakah anggaran harga Mazda MX-30 EV di Malaysia?

Di United Kingdom, harga Mazda MX-30 bermula dari GBP 25,545 (kira-kira RM 142,000), tapi ini ialah harga selepas ditolak insentif oleh kerajaan UK, yang hanya terhad kepada kenderaan berharga bawah GBP 32,000 (kira-kira RM 178,000).

Bermaz sahkan pelancaran Mazda MX-30 EV di Malaysia, sasar Q3/Q4 2022 07

Sebagai perbandingan, harga Hyundai Kona EV bermula dari GBP 30,450 (kira-kira RM 169,440) di UK.

Dalam erti kata lain, MX-30 lebih murah berbanding Hyundai Kona EV. Tapi, ini juga disebabkan oleh bateri Mazda yang bersaiz lebih kecil dan jarak perjalanan lebih pendek (305 km untuk Hyundai Kona EV, dibawah kitaran WLTP serupa).

Baca juga: Dari RM 149k, Hyundai Kona Electric 2021 dilancarkan - marhaen kini berpeluang rasai kereta EV!

Bermaz sahkan pelancaran Mazda MX-30 EV di Malaysia, sasar Q3/Q4 2022 08

Samada hierarki harga sama akan digunapakai di Malaysia masih belum dapat dipastikan, kerana harga muktamadnya bergantung kepada pelbagai faktor lain dan bukannya pada harga borong/pindahan kenderaan itu semata-mata.

Di Malaysia, harga bagi Hyundai Kona EV bermula dari RM 149,888 hingga RM 199,888. Mazda MX-30 EV besar kemungkinannya akan dijual pada julat harga yang sama, atau lebih rendah.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mazda MX-30 Mid e-Skyactiv

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia