window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SAH: Bermaz akan lancar model CKD Mazda yang ke-3 di Malaysia – MX-30 2022 atau CX-30?

Faisal · Apr 20, 2022 04:00 PM

SAH: Bermaz akan lancar model CKD Mazda yang ke-3 di Malaysia – MX-30 2022 atau CX-30? 01

  • Bermaz Motor bakal lancar model SUV CKD ketiga di Malaysia
  • Secara global, Mazda MX-30 hadir dengan trenkuasa EV atau 2.0L hibrid sederhana
  • Mazda CX-30 CKD juga tidak mustahil

Bermaz Auto, anak syarikat kepada pengedar Mazda iaitu Bermaz Motor baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan model pemasangan lokal (CKD) yang ketiga tidak lama lagi. Perkara ini disahkan sendiri oleh CEO Dato’ Francis Lee sewaktu ditemubual dalam radio BFM pada awal bulan ini.

SAH: Bermaz akan lancar model CKD Mazda yang ke-3 di Malaysia – MX-30 2022 atau CX-30? 02

Dalam wawancara itu, beliau diajukan soalan mengenai nisbah jualan antara model CKD dan CBU selain bagaimana bekalan cip yang terhad secara global memberikan kesan terhadap penyerahan kereta CBU mereka.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SAH: Bermaz akan lancar model CKD Mazda yang ke-3 di Malaysia – MX-30 2022 atau CX-30? 01

Dato' Francis Lee mengulas, “Sebelum ini, ia lebih kepada 30 - 35% CBU dan 70 – 65% CKD. Tetapi di Malaysia, ada had untuk jualan kereta CBU. Inilah sebab kenapa kami wujudkan produksi CKD dengan Mazda Jepun kira-kira 8 – 9 tahun yang lalu.”

Katanya lagi, “Kami lebih suka model CKD kerana ada insentif yang kerajaan berikan. Dengan lebih banyak lokaliti, kita dapat bantu lebih banyak pembekal tempatan, sekaligus meningkatkan ekonomi dan industri dalam negara.”

“Inilah sebabnya kami betul-betul meletakkan fokus pada model CKD ketiga untuk Mazda. Buat masa sekarang, kita sudah ada CX-5 dan CX-8”.

SAH: Bermaz akan lancar model CKD Mazda yang ke-3 di Malaysia – MX-30 2022 atau CX-30? 02

Walaupun butiran mengenai model ketiga itu masih dirahsiakan, kami yakin bahawa ia adalah sebuah SUV kerana permintaan sekarang ini memihak kepadanya.

SAH: Bermaz akan lancar model CKD Mazda yang ke-3 di Malaysia – MX-30 2022 atau CX-30? 03

Apapun, model yang mereka maksudkan ialah antara MX-30 atau CX-30.  Secara teknikal, Mazda MX-30 hadir dengan trenkuasa hibrid sederhana (MHEV, e-SkyActiv-G) atau EV sepenuhnya (lencana e-SkyActiv).

SAH: Bermaz akan lancar model CKD Mazda yang ke-3 di Malaysia – MX-30 2022 atau CX-30? 04

Namun menurut beliau, pemasangan tempatan untuk MX-30 EV mungkin diketepikan kerana pengecualian cukai import dan duti eksais selama 2 tahun buat kenderaan EV sebenarnya terlalu singkat untuk pelan jangka masa panjang mereka.

SAH: Bermaz akan lancar model CKD Mazda yang ke-3 di Malaysia – MX-30 2022 atau CX-30? 05

“Polisi sekarang tidak memberi cukup keyakinan buat produksi CKD yang biasaannya memerlukan 4 ke 5 tahun untuk balik modal. Sebenarnya, kita memerlukan jangka masa yang lebih panjang, bukan setakat 1 atau 2 tahun sahaja. Dengan insentif yang ditawarkan sekarang, ramai telah merebut peluang tetapi mereka juga perlu menjaga pelanggan selepas tamatnya tempoh insentif nanti. Contohnya, apa akan jadi kepada pemilik selepas itu? Inilah antara perkara yang kami betul-betul hendak pastikan supaya pelanggan tahu apa yang mereka dapat sebelum kami melancarkan sesebuah model.”

SAH: Bermaz akan lancar model CKD Mazda yang ke-3 di Malaysia – MX-30 2022 atau CX-30? 06

Apapun, MX-30 EV akan tetap dilancarkan di Malaysia sebagai model CBU, mungkin seawal separuh kedua tahun ini.

Dato’ Francis Lee juga telah mengesahkan bahawa unit pertama MX-30 EV sudah ada di Malaysia dan Bermaz kini sedang membuat penilaian dalaman.

Juga bacaBermaz sahkan pelancaran Mazda MX-30 EV di Malaysia, sasar Q3/Q4 2022

SAH: Bermaz akan lancar model CKD Mazda yang ke-3 di Malaysia – MX-30 2022 atau CX-30? 07

Di Eropah, MX-30 hanya dijual sebagai EV. Ia dijana oleh bateri 35.5 kWj yang memberi jarak pandu sejauh 200 km (kitaran WLTP). Ia datang dengan motor elektrik depan yang berkuasa 145 PS dan 271 Nm tork.

Pengecas AC buat Mazda MX-30 boleh menyokong sehingga 6.6 kW dan pengecasan pantas DC pula boleh pergi sehingga 40 kW.

SAH: Bermaz akan lancar model CKD Mazda yang ke-3 di Malaysia – MX-30 2022 atau CX-30? 08

Untuk standard EV, angka ini tidak hebat langsung tetapi konsep yang dibawa oleh MX-30 adalah EV bandar yang berharga mampu milik dengan kabin yang lebih hebat daripada Hyundai Kona Electric.

Untuk pengguna bandar yang mengecas setiap malam, jarak pandu 200 km tidak akan menjadi masalah langsung.

SAH: Bermaz akan lancar model CKD Mazda yang ke-3 di Malaysia – MX-30 2022 atau CX-30? 09

Pilihan bahan yang Mazda guna lebih unik berbanding kebanyakan kereta premium.

Di United Kingdom, harga Mazda MX-30 EV bermula pada 27,650 GBP (~RM 154,000), lebih mahal daripada Hyundai Kona Electric asas yang baterinya berkapasiti 39 kWj.

MX-30 hibrid sederhana yang dijual di Jepun, Australia dan New Zealand sekarang ini pula dikuasakan oleh enjin 2.0L NA SkyActiv-G yang menghasilkan 156 PS dan 199 Nm tork. Ia dibantu oleh motor elektrik berkuasa 6.9 PS dan 49 Nm tork.

SAH: Bermaz akan lancar model CKD Mazda yang ke-3 di Malaysia – MX-30 2022 atau CX-30? 10

Kalau Mazda MX-30 dipasang secara lokal, varian yang akan dilancarkan di Malaysia nanti mungkin menggunakan trenkuasa hibrid sederhana.

SAH: Bermaz akan lancar model CKD Mazda yang ke-3 di Malaysia – MX-30 2022 atau CX-30? 11

Secara amnya, Mazda MX-30 merupakan jelmaan Mazda CX-30 yang lebih ‘atas’ tetapi dengan pintu belakang yang dibuka terbalik. Untuk pengetahuan anda, CX-30 sendiri diimport (CBU) dari Jepun dan ditawarkan pada harga RM 169,044 ke RM 181,268.

Setakat ini, Thailand sudah memasang CX-30 secara lokal, sekali dengan Mazda 3 tetapi model-model ini hanya untuk dijual di Thailand sahaja.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mazda MX-30 Mid e-Skyactiv

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia