window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BOCOR: Ford Ranger Raptor X 2021 dengan warna Black, apa barang warna True Red?

Faisal · Apr 13, 2021 05:00 PM

BOCOR: Ford Ranger Raptor X 2021 dengan warna Black, apa barang warna True Red? 01

Bulan lepas, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) telah memperkenalkan Ford Ranger Raptor X 2021. Ketika itu, trak pikap ranggi ini hanya ditawarkan dengan warna True Red. Nampaknya, pilihan warna hitam bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

BOCOR: Ford Ranger Raptor X 2021 dengan warna Black, apa barang warna True Red? 02

Berdasarkan gambar-gambar yang tertular di Facebook Ford Ranger Raptor Malaysia, spesifikasi model yang berwarna hitam ini seakan sama dengan Ranger Raptor X yang berwarna merah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaFord Ranger Raptor X Edisi Khas diperkenalkan – RM 6k untuk warna merah mak ngah, DVR Kenwood!

BOCOR: Ford Ranger Raptor X 2021 dengan warna Black, apa barang warna True Red? 01

Perkara ini dapat dilihat pada ciri seperti:

  • Pelekat dan lencana Raptor X
  • Karpet lantai
  • Kamera 360-darjah
  • Perakam video Kenwood quad HD digital dengan penapis polaroid

Peranti rakaman ini boleh disambungkan dengan telefon iOS dan Android.

BOCOR: Ford Ranger Raptor X 2021 dengan warna Black, apa barang warna True Red? 02

Dari segi mekanikal, Ranger Raptor X tetap sama dengan Ranger Raptor biasa. Ia dikuasakan oleh enjin 2.0L turbodiesel (213 PS, 500 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan.

Selain itu, trak pikap ini juga dilengkapkan dengan Terrain Management 4WD dan penyerap hentakan Fox Racing Shox.

BOCOR: Ford Ranger Raptor X 2021 dengan warna Black, apa barang warna True Red? 03

Dari segi keselamatan, Ranger Raptor X hadir dengan ciri seperti:

  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB) dengan pengesan kenderaan dan penjalan kaki
  • Lane Departure Warning
  • Kawalan pelayaran adaptif (sama seperti Ranger Raptor)

BOCOR: Ford Ranger Raptor X 2021 dengan warna Black, apa barang warna True Red? 04

Ford Ranger Raptor X dengan warna True Red.

Untuk maklumat anda, Ford Ranger Raptor X berharga RM 216,888, RM 6,000 lebih mahal daripada Ranger Raptor. Setakat ini, harga untuk warna hitam ini masih belum dapat dipastikan tetapi ia mungkin sedikit mahal.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda