window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Enjin Perodua Ativa (D55L) 1.0L turbo lemau? Tengok dulu Toyota Raize kalahkan kereta besar!

Haris Β· Feb 2, 2021 04:00 PM

Enjin Perodua Ativa (D55L) 1.0L turbo lemau? Tengok dulu Toyota Raize kalahkan kereta besar! 01

Enjin bersesaran kecil yang dipadankan dengan turbo adalah trend pengeluar kereta sejak akhir-akhir ini. Lebih khusus lagi, enjin serendah 1,000 cc kini sudah menjadi trend pengeluar sejak desenium ini.

Enjin Perodua Ativa (D55L) 1.0L turbo lemau? Tengok dulu Toyota Raize kalahkan kereta besar! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antara model dengan enjin sesaran rendah bercaj turbo yang ditunggu-tunggu tahun 2021 adalah Perodua D55L. Dibangunkan berasaskan model Toyota Raize, kita berpeluang untuk melihat kembarnya Toyota Raize diuji dalam aksi ‘drag race’ oleh KUHL Racing TV ini.

5 pesaing kepada Toyota Raize tersebut adalah seperti berikut:

Model Enjin Kuasa Kuda Berat
Toyota Noah 2.0L 152 PS 1,600 kg
Toyota Alphard 3.0L 301 PS 2,090 kg
Toyota Harrier 2.5L Hybrid 218 PS 1,650 kg
Toyota Land Cruiser 2.7L 163 PS 2,050 kg
Toyota Raize 1.0L Turbo 98 PS 980 kg

Enjin Perodua Ativa (D55L) 1.0L turbo lemau? Tengok dulu Toyota Raize kalahkan kereta besar! 01

Walaupun dengan enjin bersesaran paling kecil, Toyota Raize menduduki tempat ketiga dalam ujian drag race ini. 2 kereta yang mendahuluinya adalah Toyota Harrier dan Toyota Alphard.

Perbandingan kiraan nisbah kuasa-berat adalah seperti berikut:

Model Nisbah kuasa-berat
Toyota Noah 95 PS / tan
Toyota Alphard 144 PS / tan
Toyota Land Cruiser 79.5 PS / tan
Toyota Raize 93.3 PS / tan

Toyota Raize adalah sebuah penanda aras yang baik buat Perodua D55L. Hal ini kerana, kerjasama Toyota-Daihatsu-Perodua memastikan pandu uji dunia nyata dilakukan oleh model Toyota dan Daihatsu terlebih dahulu sebelum diperbaiki pada model Perodua.

Enjin Perodua Ativa (D55L) 1.0L turbo lemau? Tengok dulu Toyota Raize kalahkan kereta besar! 02

Satu-satunya gambar intipan Perodua D55L

Mungkin ini juga antara sebab mengapa gambar intipan Perodua D55L sangat sukar didapati. Malah, hanya 1 sahaja gambar intipan Perodua D55L yang boleh ditemui ketika ia menjalani tugas-tugas formaliti di Kementerian Pengangkutan.

Enjin Perodua Ativa (D55L) 1.0L turbo lemau? Tengok dulu Toyota Raize kalahkan kereta besar! 03

Lebih menarik lagi, Perodua tidak mendaftarkan sebarang tanda dagang baharu untuk Perodua D55L. Bercakap mengenai tanda dagang, mampukah Perodua D55L membuat ‘harimau menangis’? Sama-sama kita nantikan.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda