Filipina akan lancar Honda City 2023 facelift pada 13 Julai, harga naik 5% tapi Sensing standard!
Faisal ยท Jul 3, 2023 02:34 PM
0
0
Honda City facelift di pasaran India.
Filipina akan melancarkan Honda City 2023 facelift ke pasaran mereka pada 13 Julai ini. Bulan sama juga akan menyaksikan pelancaran di Thailand dan Vietnam.
Menariknya, untuk Filipina, ADAS Honda Sensing akan hadir sebagai standard tetapi harga juga menyaksikan kenaikan sebanyak 5%.
Varian paling murah, 1.5 E Sensing ditawarkan pada harga 975,000 PHP (~RM 83k), diikuti dengan 1.5 S Sensing (999,000 PHP, ~RM 84k), 1.5 V Sensing (1,075,000 PHP, ~RM 91k), dan 1.5 RS Sensing (1,130,000 PHP, ~RM 95k).
Antara pembaharuan lain yang diterapkan adalah eksterior yang lebih moden, roda baru, kabin yang lebih terkini dengan kluster instrumen digital. Trenkuasa 1.5L NA 121 PS/145 Nm yang digandingkan dengan transmisi CVT pula kekal sama seperti sebelum ini.
Kembali di Malaysia, pelancaran Honda City facelift dijangka berlangsung selepas WR-V dan menariknya, perasmian crossover kompak tersebut akan dibuat tidak lama lagi.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.