window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Vios tetap dominasi walaupun jualan henti sementara, laris 2x ganda berbanding City di Thailand!

Haris Β· May 27, 2023 06:00 PM

Toyota Vios tetap dominasi walaupun jualan henti sementara, laris 2x ganda berbanding City di Thailand! 01

Toyota Yaris Ativ (dikenali sebagai Toyota Vios di Malaysia) meneruskan rentak jualan dominannya di Thailand, sekali lagi mengungguli carta jualan bulanan bagi April 2023 menurut data yang dikumpul oleh Autolife.

Toyota Vios tetap dominasi walaupun jualan henti sementara, laris 2x ganda berbanding City di Thailand! 02

Sedan Toyota ini telah mengalami pemberhentian jualan berikutan kontroversi bulan ini namun tetap laris bergaya dengan 2,867 unit terjual berbanding 1,229 unit Honda City. Jumlah itu menurun sedikit berbanding purata Januari-Mac sebanyak 5,000 unit terjual setiap bulan tetapi masih cukup baik untuk mengekalkan jarak yang jelas ke atas Honda.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Vios tetap dominasi walaupun jualan henti sementara, laris 2x ganda berbanding City di Thailand! 01

Honda City pasaran Thailand

Jumlah ini bermakna Toyota Motor Thailand telah menjual 21,109 unit Yaris Ativ dalam tempoh empat bulan pertama 2023 – hampir 3 kali ganda daripada 7,296 unit Honda City. Prestasi yang kukuh ini bermakna Toyota Yaris Ativ terus mengawal 59.1% bahagian dalam pegangan segmen di sana.

Toyota Vios tetap dominasi walaupun jualan henti sementara, laris 2x ganda berbanding City di Thailand! 02

Nissan Almera facelift pasaran Thailand

Di posisi lain, Nissan Almera mengekalkan tempat ketiga dengan 427 unit kenderaan dijual pada April (2,165 YTD), juga sedikit lebih rendah daripada bulan-bulan sebelumnya tetapi kemerosotan ini boleh dikaitkan dengan penyediaan model facelift yang dilancarkan awal bulan ini.

Baca: Nissan Almera facelift 2023 dilancarkan di Thailand - rekaan hadapan baharu, ADAS dipertingkat!

Melengkapkan senarai jualan terlaris ialah MG 5 (396 unit pada April, 2,117 YTD), Mazda 2 Sedan (293 unit pada April, 1,533 YTD), Mitsubishi Attrage (293 unit pada April, 1,137 YTD), dan Suzuki Ciaz (50 unit pada April, 199 YTD).

Baca: Haval H6 masih C-SUV terlaris di Thailand suku pertama 2023, Honda CR-V generasi baharu mula memintas!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda