Honda Civic FE mengatasi Toyota Corolla Altis untuk menjadi sedan segmen C terlaris Thailand pada 2022!
Zamil Syaheer · Jan 29, 2023 10:00 AM
“Padu, memang padu”. Itu yang kami semua di WapCar dapat simpulkan tentang Honda Civic (FE) terbaru. Maka tidak hairanlah kenapa rakyat Thailand menobatkan Honda Civic sebagai sedan segmen C kegemaran mereka pada tahun 2022
Civic RS turbo
Sebanyak 10,338 unit Civic menemui pemilik baharu di sana tahun lepas. Daripada jumlah itu, varian turbo 1.5 liter mengatasi jualan hibrid e:HEV, masing-masing dengan 7,488 unit kepada 2,850 unit. Namun demikian, varian e:HEV hanya mula dijual pada bulan Jun 2022.
Apa-apa pun, angka gabungan kedua-dua varian itu tetap jauh di hadapan berbanding pesaingnya, Toyota Corolla Altis. Sedan segmen C daripada Toyota hanya mencatatkan angka jualan 6,655 unit.
Mazda 3 kekal di tempat ketiga, dengan hanya 1,553 unit terjual. Pencapaian Honda nampak dengan lebih jelas, walaupun kelebihan pesanan armada teksi yang besar memihak kepada Corolla.
Di seluruh pasaran, Toyota masih kekal sebagai jenama terlaris Thailand, dengan jumlah 288,809 unit. Honda berada di tempat ketiga dengan jumlah keseluruhan 82,842 unit, di belakang Isuzu yang menjual 212,491 unit di negara gajah putih tahun lepas.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.
Komen