window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’

Faisal · Dec 14, 2021 05:00 PM

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 01

  • Honda Civic FE 2022 spec Malaysia adalah paling berkuasa dalam rantau ini
  • Honda Sensing ditambah dengan ciri LCDN
  • Rupa paras depan-depan jauh lebih memukau daripada dalam gambar
  • Ergonomik interior baharu dan penghalusan keseluruhan jauh lebih baik daripada Civic sebelum ini

Honda Civic serba baharu (FE) 2022 nampaknya sudah tiba di Malaysia.

Walaupun pelancarannya mungkin lagi beberapa minggu (sepatutnya pada suku pertama 2022), WapCar adalah antara yang terawal untuk cuba sedan segmen C Honda yang baharu ini.

Juga bacaSepatutnya dilancarkan pada suku tahun ke-3 2021, Honda Civic FE serba baru ditangguhkan!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 01

Apa yang baru? Banyak sebenarnya

Bermula dengan saiz, Honda Civic FE lebih panjang, lebih lebar dan lebih rendah daripada Civic FC. Honda juga menambah jarak rodanya untuk ruang kabin yang lebih besar dan menambah baik tahap keselesaan dan kestabilan.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 02

Perbezaan dimensi antara Civic ‘ketam’ FC dan generasi baharu FE adalah seperti berikut:

Dimensi Honda Civic FE vs FC
  FC FE Perbezaan
Panjang
(mm)
4,648 4,678 +30
Lebar
(mm)
1,799 1,802 +3
Tinggi
(mm)
1,416 1,415 -1
Jarak roda
(mm)
2,700 2,733 +33

Mengenai trenkuasa, Civic FE 2022 dijana oleh enjin petrol 1.5L VTEC TURBO yang menghembuskan 182 PS dan 240 Nm tork.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 03

Berbanding Civic FC, kuasanya meningkat sebanyak 9 PS dan 20 Nm. Menariknya, Civic FE di pasaran Thailand dan Indonesia hanya mempunyai 178 PS.

Kiranya, Malaysia bakal mendapat Honda Civic FE yang paling berkuasa dalam rantau ini.

Sama seperti sebelum ini, enjinnya dipadankan dengan transmisi CVT yang ditala semula untuk respon yang lebih cepat.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 04

Setakat ini, Honda Malaysia belum mengulas apa-apa mengenai varian pengenalan 1.8L i-VTEC tetapi ia mungkin akan digugurkan buat generasi kali ini.

Satu lagi rahsia yang Honda Malaysia masih simpan ialah bahagian kabin dan kelengkapan yang bakal ditawarkan pada Civic FE. Apapun, kesemua maklumat akan didedahkan sewaktu pelancaran.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 05

Buat masa sekarang, model yang Honda Malaysia pertunjukkan kepada kami adalah varian teratas Civic RS.

Menariknya, varian RS pada Civic FE tetap menggunakan enjin sama, bukan seperti RS pada City dan City Hatchback dimana ia dikuasakan oleh enjin hibrid i-MMD.

Juga bacaRebiu: 2021 Honda City RS e:HEV - Model hibrid paling mampu milik dalam pasaran!

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 06

Dari segi kosmetik, Civic RS mendatangkan sentuhan eksterior seperti:

  • Lampu hadapan dengan elemen cincin hitam
  • Lampu hadapan LED dengan DRL
  • Lampu automatik
  • Rim 18 inci berwarna hitam matte (lagi besar daripada pasaran Thailand)
  • Emblem RS (gril depan & bahagian but)
  • Hiasan tepi pintu berwarna hitam kilat
  • Pemegang pintu berwarna hitam
  • Spoiler berwarna hitam
  • Antenna ekor jerung berwarna hitam
  • Muncung ekzos berkemasan krom

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 07

Ciri keselamatan asas:

  • 6 beg udara
  • Kawalan kestabilan elektronik
  • ABS
  • EBD
  • Auto Brake Hold
  • Hill-Start Assist
  • Emergency Stop Signal (ESS)
  • Pengesan halangan parkir depan & belakang

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 08

Ciri kemudahan:

  • Pengunci pintu automatik jenis walk-away
  • Penghidup enjin dari jarak jauh

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 09

Di samping itu, Civic RS akan datang dengan ADAS Honda Sensing terbaru yang mana ia menampilkan ciri Lead Car Departure Notification (LCDN). Secara teknikal, amaran akan dikeluarkan kepada pemandu apabila kereta hadapan sudah mula bergerak.

Juga bacaHonda Civic FE 2022 lagi hebat daripada Civic FC sebab ciri Honda Sensing ini!

Rangkuman ciri Honda Sensing turut menampilkan:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Low-Speed Follow (LSF)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Auto High Beam (AHB)
  • Lead Car Notification System (LCNS)

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 10

Umumnya, sistem bantuan keselamatan pada Honda Civic FE dipertingkatkan dengan kamera lebih hebat yang mana sudut operasinya lebih lebar dan jauh daripada Civic FC. Camera ini turut dibantu oleh sistem radar dan pengesan halangan pada bahagian depan.

Juga bacaHonda Civic FE 2022 rasmi di Singapura - 1.5L turbo VTEC, 1 varian, harga RM 383k!

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 11

Juga bacaHonda Civic FE debut ASEAN - 1.5L turbo VTEC, 3 varian, harga bermula RM 122k!

Bagaimana rupa paras Civic FE secara depan-depan?

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 12

Cukup kacak. Walaupun dalam gambar nampak sedikit bosan, ia ternyata cukup gah dan menggiurkan sekiranya dilihat depan-depan.

Kalau anda perasan, Civic FC yang kita kenal selama ini menerapkan unsur yang cukup agresif. Civic FE pula membawa pendekatan yang matang dan premium. Garisan dan sudut yang berselerak pada Civic lalu diubah kepada lekuk yang lebih kemas dan rapi.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 13

Rupa paras Honda Civic RS yang dipertontonkan ini lengkap dengan rim 18 inci berwarna hitam matte.

Bagi kami, reka bentuk roda ini bertepatan dengan unsur sporty dan premium yang hendak Honda tonjolkan pada Civic kali ini.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 14

Pada bahagian belakang, Civic FE mungkin nampak sedikit kompak berbanding Civic FC.

Apapun, lampu belakang yang bersegi empat tepat dan grafik LED yang tajam tetap memberikan imej yang menarik.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 15

Secara amnya, Civic FE ada iras Audi yang mana elemen premium dan sporty diterapkan dalam pakej yang kemas dan tidak keterlaluan.

Bagaimana pula dengan bahagian dalam?

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 16

Buat masa ini, kami belum dibenarkan untuk dedahkan bahagian kabin Honda Civic FE tetapi apa yang kami boleh kami ulaskan ialah posisi pemanduan dan tempat duduknya hampir sempurna. Maksud kami di sini ialah pedal kakinya cukup mudah untuk dibiasakan. Malah, kebolehan penglihatan ke luar juga jauh lebih baik daripada Civic FC.

Pada bahagian belakang pula, tempat duduknya rasa lebih menyokong dan selesa. Keluar masuk kenderaan juga lebih mudah berbanding Civic FC kerana bentuk kerusinya telah direka bentuk semula.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 17

Dari segi kualiti, segala suis dan tombol rasa lebih memuaskan untuk ditekan dan dioperasikan.

Sebagai sebuah Honda, Civic FE kekal dengan aspek praktikaliti yang tiada tandingan sama sekali. Antaranya seperti tempat meletak barang dan pemegang minuman yang cukup luas dan banyak di sekitar ruang kabin.

Juga bacaBaru vs Lama: Honda Civic FE 2022 baru semakin matang atau membosankan?

Bagaiamana dengan pemanduannya?

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 18

Walaupun masa yang kami ada bersama Civic FE cukup terhad, kami sempat melenjan di litar Sepang dan bandingkannya dengan Civic FC dan pesaing handal seperti Toyota Corolla Altis.

Berkenaan Altis terlebih dahulu, jentera berplatform TNGA ini rasa cukup mencengkam dan mudah untuk serasi dengannya. Posisi pemanduannya juga cukup ideal. Breknya pula mudah untuk dikawal dan kawalan badan dari segi olengan juga cukup mantap.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 19

Apapun, trenkuasa yang dipadankan seperti tidak mahu bekerjasama. Kalau ditekan banyak, transmisi CVT Altis akan kedengaran bising. Dengan kuasa setakat 139 PS dan 172 Nm, ia sememangnya tidak laju seperti Civic yang mana tork enjinnya masuk lebih awal.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 20

Mengenai Civic FC pula, ia masih padu walaupun sudah beberapa tahun. Prestasinya masih mencukupi dan casis yang digunakan masih terasa mantap.

Namun begitu, kekurangannya jelas sewaktu mengambil selekoh. Civic FC cenderung untuk rasa kekok apabila mengambil selekoh kiri dan kanan secara agresif, lebih-lebih lagi apabila input brek dimasukkan sekali.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 21

Sterengnya juga terlalu ringan yang mana ia mudah untuk terkesan dengan impak dan tekanan yang perlu ditampung ketika selekoh diambil.

Menariknya, Honda Malaysia melengkapkan semua kereta (termasuk Toyota Corolla Altis) dengan tayar Michelin Pilot Sport 4 (PS4) agar perbandingan ini adil.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 22

Kemudian, tibalah giliran kami untuk pandu Civic FE. Dengan serta-mertanya, kami dapat merasai betapa banyaknya Honda menaik taraf jentera ini.

Benda pertama yang kami perasan adalah posisi pemanduan dan berat stereng yang cukup ideal. Bagi kami, ia jauh lebih serasi dan memulas stereng sewaktu mengambil selekoh terasa lebih lazat.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 23

Walaupun pedal breknya sedikit ringan, maklum balas dan tindak balasnya cukup bagus yang mana ia memberikan keyakinan kepada pemandu untuk memperlahankan kenderaan, terutama ketika mengambil selekoh.

Tetapi perkara yang paling memukaukan kami adalah trenkuasanya. Walaupun dengan enjin dan transmisi yang sama, prestasi Civic FE rasa lebih padu, terutama pada rpm tengah ke hujung.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 24

Penambahan 9 PS dan 20 Nm nampaknya betul-betul menukar karakter trenkuasa ini, terutama dalam julat 60 – 100 km/j.

Kami sempat menguji pecutan Civic FE berbanding Civic FC dan walaupun ia seakan lebih kurang, daya pecutan Civic FE tetap mengalahkan FC apabila kelajuan menghampiri 90 km/j.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 25

Selain enjin yang mengagumkan, transmisi CVT yang hadir pada Civic FE juga layak mendapat pujian.

Pemanduan dalam mod Eco dan Normal sememangnya cukup lancar dan tidak terasa lemau. Masuk sahaja ke mod Sport, CVT ini memberikan penukaran gear yang cepat, hampir serupa dengan transmisi automatik konvensional. Pada masa yang sama, ia masih rasa semula jadi dan direct.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 26

Civic baharu ada pemilih Drive Mode yang terdiri daripada mod pemanduan Eco, Normal & Sport.

Kami juga perasan bahawa CVT kali ini lebih senyap berbanding model dahulu.

Secara amnya, Civic FE perlu membuktikan bahawa ia lebih baik daripada model terdahulu. Lagipun, Civic sememangnya terkenal dengan pakej sedan keluarga yang serba boleh.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 27

Dan bagi kami, inilah kekuatan yang ada pada Civic FE dan untuk kali ini, segala aspek dipertingkatkan dengan begitu harmoni sekali.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 28

Senang cerita, pengalaman keseluruhan yang diberi oleh Civic FE sudah hampir serupa dengan sedan Eropah yang lengkap seperti BMW 320i. Malah, ada satu saat dimana kami sendiri tertanya adakah wajar untuk anda beli BMW 3 Series sekiranya Honda Civic sudah sebagus ini?

Pendapat WapCar – lebih dari sekadar pengganti Civic ketam!

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 29

Kami faham kalau ramai yang masih berpendapat bahawa Honda Civic FE tidak ada aura atau jiwa yang luar biasa seperti Civic FC. Tetapi hakikatnya, Civic FE adakah satu langkah yang besar tetapi ke arah yang betul.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 30

Dengan kereta segmen C yang kini dibanjiri oleh SUV, Honda Civic perlu ada elemen yang lebih premium untuk mengekalkan impak yang sinonim dengannya selama ini dan Inilah apa yang Civic FE miliki.

Rebiu: Honda Civic FE 2022 di Sepang – Dah tahap BMW 3 Series, bukan setakat Accord ‘mini’ 31

Juga baca:

Honda Civic Type R serba baru dan Civic hibrid e:HEV bakal tiba pada tahun 2022

Honda Civic gen 11 (FE) mungkin masuk Malaysia awal, apa yang menarik?

Sementara menunggu pelancaran rasmi, anda boleh lihat video Honda Civic FE dari pasaran Thailand di bawah.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda