window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford Ranger FX4 Max 2021 dilancarkan di Thailand, model Raptor bajet?

Haris · Mar 15, 2021 03:00 PM

Ford Ranger FX4 Max 2021 dilancarkan di Thailand, model Raptor bajet? 01

Ford Thailand baru sahaja melancarkan Ford Ranger FX4 Max 2021 iaitu sebuah trak pikap berinispirasikan Ford Ranger Raptor. Secara ringkas, model ini boleh juga dipanggil sebagai sebuah Ford Ranger Raptor bajet.

Ford Ranger FX4 Max 2021 dilancarkan di Thailand, model Raptor bajet? 02

Kebanyakan daripada perincian yang berada pada Ford Ranger FX4 Max ini mempunyai elemen-elemen Ford Ranger Raptor. Paling ketara sekali adalah gril yang terpampang dengan tulisan FORD.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ia juga mengenakan warna hitam pada bahagian gril tersebut meliputi beberapa bahagian kecil yang lain seperti pemegang pintu, bingkai tingkap sisi dan lambang pada bahagian fender

Ford Ranger FX4 Max 2021 dilancarkan di Thailand, model Raptor bajet? 01

Pada bahagian belakang, ia turut mengenakan palang sport dalam warna hitam pusam. Selain itu, ia turut mempunyai pepijak sisi (side step) besi untuk memanjat masuk ke dalam kabin.

Ford Ranger FX4 Max 2021 dilancarkan di Thailand, model Raptor bajet? 02

Selain daripada kemasan visual sebentar tadi, Ford Ranger FX4 Max dilengkapi dengan sistem penyerap hentak FOX dan tayar BF Goodrich All-Terrain sama seperti Ford Ranger Raptor. Tayar yang sama turut diberikan sebagai tayar simpanan bersaiz penuh untuk kecemasan.

Apa yang berlainan dengan Ford Ranger Raptor termasuklah stiker grafik Raptor, brek cakera bahagian belakang dan pedal anjakan (paddle shifter).

Ford Ranger FX4 Max 2021 dilancarkan di Thailand, model Raptor bajet? 03

Ford Ranger FX4 Max ditala oleh pusat kejuruteraan dan rekaan di Australia. Kesemua usaha ini tentunya berbaloi untuk menjual sebuah trak pikap di negara kedua terbesar dunia trak pikap.

Bercakap mengenai aspek subjektif, jarak kelegaan tanah adalah sebanyak 256 mm dan Ford turut mendakwa bahawa ia sudut tuju dan berlepas (approach and departure angle) adalah lebih baik berbanding Ford Ranger XLT.

Ford Ranger FX4 Max 2021 dilancarkan di Thailand, model Raptor bajet? 04

Untuk prestasinya, Ford Ranger FX4 Max turut berkongsi enjin dengan Ford Ranger Raptor - enjin 2.0 liter bi-turbo (213 PS/500 Nm) yang dipadankan dengan transmisi 10 kelajuan automatik.

Jumlah bebanan yang boleh dibawa adalah sebanyak 981 kg dengan kapasiti tundaan adalah sebanyak 3,500 kg.

Ford Ranger FX4 Max 2021 dilancarkan di Thailand, model Raptor bajet? 05

Ford Ranger FX4 Max ini tersedia dari kilang untuk aksi mencabar kerana ia  dilengkapi dengan lapik kaki kalis cuaca dengan kerusi yang direka khas untuk model ini. Kerusi tersebut mempunyai perincian gentian karbon dengan baldu "Miko" dan jahitan lambang FX4 Max.

Ford Ranger FX4 Max 2021 dilancarkan di Thailand, model Raptor bajet? 06

Ia juga dilengkapi dengan paparan infotainment SYNC3 8.0 inci dengan sokongan Apple CarPlay seperti model Raptor. Jika diperhatikan terdapat enam suis tambahan di atas paparan infotainment.

Ford Ranger FX4 Max 2021 dilancarkan di Thailand, model Raptor bajet? 07

Suis ini membolehkan pemilik menyambung dan mengendalikan aksesori dan peralatan tambahan dengan mudah seperti lampu palang, winc dan lampu sorot. Kuasa dibekalkan oleh alternator 250-amp terbina dalam yang mengurangkan pergantungan kepada bateri trak biasa pada enjin.

Ford Ranger FX4 Max 2021 dilancarkan di Thailand, model Raptor bajet? 08

Ford Ranger FX4 Max kini dijual di Thailand dengan harga THB 1,189,000 (RM 159,101). Harga ini adalah THB 510,000 (RM 68,243) lebih rendah berbanding Ford Ranger Raptor di sana.

Sementara itu, Malaysia baru sahaja tampil dengan varian khas Ford Ranger Raptor yang disebut Ranger Raptor X dengan warna merah.

Gambar diperolehi oleh AutoFun Thailand, laman sesawang automotif kerjasama Wapcar.my.

Bacaan lanjut:

Ford Ranger Raptor X Edisi Khas diperkenalkan – RM 6k untuk warna merah mak ngah, DVR Kenwood!

Ford Ranger serba baru: debut seawal tahun 2022, pembangunan kilang giat dijalankan

Ford Ranger Wildtrak 2021 – ‘Power Roller Shutter’, bagaimana ia berfungsi?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda