window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford Ranger WildTrak Sport dilancarkan - dari RM 158k, trak pikap baharu paling berbaloi untuk dimiliki!

Haris · Dec 9, 2021 11:00 AM

Ford Ranger WildTrak Sport dilancarkan - dari RM 158k, trak pikap baharu paling berbaloi untuk dimiliki! 01

Selepas hampir keseluruhan jenama trak pikap dikemaskini di Malaysia pada tahun 2021, Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd tidak berdiam diri justeru melancarkan 2022 Ford Ranger WildTrak Sport. Trak pikap ini masih lagi sebuah model Ford Ranger yang berasaskan platform T6, mungkin sekali model terakhir sebelum model Ford Ranger generasi baharu menjejakkan kaki ke bumi bertuah Malaysia.

Ford Ranger WildTrak Sport dilancarkan - dari RM 158k, trak pikap baharu paling berbaloi untuk dimiliki! 02

Ford Ranger WildTrak Sport dilancarkan - dari RM 158k, trak pikap baharu paling berbaloi untuk dimiliki! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model Ford Ranger generasi baharu telah dilancarkan di Thailand pada bulan lepas dan dijangka akan tiba ke Malaysia selepas setahun. Mungkin ramai yang merasakan bahawa membeli model edisi akhir tidak begitu menarik kerana model baharu dijadualkan tiba namun ramai yang terlepas pandang bahawa inilah waktu terbaik untuk menerima pelbagai promosi untuk menjadi pembelian paling berbaloi.

Ford Ranger WildTrak Sport dilancarkan - dari RM 158k, trak pikap baharu paling berbaloi untuk dimiliki! 01

Ford Ranger WildTrak Sport Special Edition baharu ialah varian terbaharu yang ditambah kepada varian Ford Ranger di Malaysia. Ia dikeluarkan secara terhad, ditambah dengan aksesori Ranger WildTrak, berharga daripada RM 158,388, hanya RM 6k lebih mahal berbanding Ford Ranger Wildtrak biasa.

Baca: Kebaikan dan Keburukan: Ford Ranger Wildtrak, trak gaya hidup terbaik di Malaysia?

Ford Ranger WildTrak Sport dilancarkan - dari RM 158k, trak pikap baharu paling berbaloi untuk dimiliki! 02

Sama seperti Ford Ranger Raptor, model Ford Ranger WildTrak Sport edisi terhad ini berkongsi enjin berkuasa 213 PS / 500 Nm dan transmisi automatik 10-kelajuan yang sama dengan raja trak pikap tersebut.

Baca: Ford Ranger Raptor tak cukup jahat? Inilah Raptor X, siap kemasan hitam & jalur badan ala Mustang!

Ford Ranger WildTrak Sport dilancarkan - dari RM 158k, trak pikap baharu paling berbaloi untuk dimiliki! 03

Pilihan warna Saber Orange dengan rekaan gril berbeza

Ford Ranger WildTrak Sport dilancarkan - dari RM 158k, trak pikap baharu paling berbaloi untuk dimiliki! 04

Eksklusif untuk Ford Ranger WildTrak Sport ini ialah rangkaian aksesori bertema trak sukan gaya hidup urban dengan perician hitam, dipadankan dengan dua pilihan warna - Saber Orange yang dipaparkan (warna pengenalan model WildTrak) dan Absolute Black.

Ford Ranger WildTrak Sport dilancarkan - dari RM 158k, trak pikap baharu paling berbaloi untuk dimiliki! 05

Ford Ranger WildTrak Sport dilancarkan - dari RM 158k, trak pikap baharu paling berbaloi untuk dimiliki! 06

Untuk membezakannya daripada Ford Ranger WildTrak biasa, Ford Ranger WildTrak Sport ini menambah beberapa kelengkapan seperti berikut:

  • Reka bentuk gril hadapan baharu
  • Cermin sisi hitam Ebony Black
  • Pemegang pintu muatan belakang hitam
  • Pemegang pintu hitam
  • Roda aloi hitam 18-inci
  • Plat kelincir (skidplate) hadapan bercahaya baharu dengan logo
  • Tempat duduk kulit
  • Stereng dengan jahitan kontras oren

Ford Ranger WildTrak Sport dilancarkan - dari RM 158k, trak pikap baharu paling berbaloi untuk dimiliki! 07

Ford Ranger WildTrak Sport dilancarkan - dari RM 158k, trak pikap baharu paling berbaloi untuk dimiliki! 08

Seperti Ford Ranger WildTrak biasa, model WildTrak Sport mengekalkan ciri keselamatan tahap tinggi yang ditawarkan, meliputi 6 beg udara, Kawalan Turun Bukit, Bantuan Daki Bukit, Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan Pengesanan Kenderaan dan Pejalan Kaki, Amaran Perlanggaran Hadapan dan Amaran Pertukaran Lorong dengan bantuan.

Ford Ranger WildTrak Sport dilancarkan - dari RM 158k, trak pikap baharu paling berbaloi untuk dimiliki! 09

Ford Ranger WildTrak Sport dilancarkan - dari RM 158k, trak pikap baharu paling berbaloi untuk dimiliki! 10

Kuasa enjin 2.0 liter bi-turbo diesel dengan 213 PS, tork 500 Nm, diagihkan melalui pacuan 4 roda sambilan (4WD), transmisi automatik 10-kelajuan, serta cengkaman dibantu oleh gandar pembezaan belakang dengan penguncian jenis elektronik berasaskan brek.

Ford Ranger WildTrak Sport dilancarkan - dari RM 158k, trak pikap baharu paling berbaloi untuk dimiliki! 11

Ford Ranger WildTrak Sport dilancarkan - dari RM 158k, trak pikap baharu paling berbaloi untuk dimiliki! 12

Bagi pembeli yang berminat, Ford Ranger WildTrak Sport disokong oleh waranti 5 tahun / 160,000 km, yang mana datang dahulu.

Baca: Ford tawar diskaun besar untuk Malaysia - 20% untuk alat ganti dan 10% untuk upah servis

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda