window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford Territory SUV serba baru bakal bawa saingan di Malaysia?

Mersita ยท Jul 25, 2020 12:00 PM

Ford Territory SUV serba baru bakal bawa saingan di Malaysia? 01

Pasaran SUV yang semakin hangat di Asia menerima satu lagi tambahan iaitu Ford Territory 2019 yang dilancarkan di China, sebuah crossover 5 tempat duduk yang juga bakal dilancarkan tak lama lagi di Filipina. Dengan matlamat Ford untuk mengembangkan lagi pasaran crossover ini di luar China, Malaysia boleh jangkakan kedatangannya nanti.

Ford Territory ialah SUV bersaiz sederhana yang dahulunya dijual secara eksklusif di pasaran Australia. Tetapi, Ford Territory serba baharu kali ini bukanlah Territory Australia yang anda kenal dahulu.

Ford Territory SUV serba baru bakal bawa saingan di Malaysia? 02

Ford Territory pasaran Australia, dihentikan produksi pada tahun 2016

Kali ini, plat nama Territory dibawa masuk untuk pasaran China dan ia adalah penjenamaan-semula model Yusheng 330.

Ford Territory SUV serba baru bakal bawa saingan di Malaysia? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gabungan Ford dengan Jiangling Motor Corporation (JMC) menjadikan ini satu kenyataan dimana model 330 tersebut digayakan dan direka-semula dengan elemen rekaan Ford di dalam dan luarannya. Perbezaannya (terutama sekali di bahagian hadapan) agak ketara – Territory lebih lebar dan badannya lebih sasa.

Bahagian hadapan Ford Territory 2019 pasaran China diberi gril hadapan corak heksagon sinonim dengan Ford, diapit dengan lampu hadapan LED dan daytime running lights corak baru pada bingkai perumah lampu kabusnya. Bahagian belakangnya pula saling tak tumpah seperti Range Rover Evoque.

Ford Territory SUV serba baru bakal bawa saingan di Malaysia? 01

Pintu belakangnya dihiasi dengan bar krom melintang dengan tulisan Territory diatasnya, diapit dengan lampu brek LED. Ia juga didatangkan dengan rim bersaiz 18 inci.

Tren kuasanya pula didatangkan dengan enjin turbo EcoBoost 1.5 liter dengan 4 silinder, dipadankan dengan gear jenis CVT. Crossover Blue Oval serba baharu ini dapat menjana 140 PS dan 225 Nm, memacu tayar hadapan. Territory ini juga kini didatangkan dengan varian hibrid sederhana 48V dan hibrid 'plug-in'.

Ford Territory SUV serba baru bakal bawa saingan di Malaysia? 02

Ruang dalamannya juga disuntik elemen-elemen Ford serba sedikit. Ia akan didatangkan dengan sistem infotainmen baru bersaiz 10.1 inci lengkap dengan arahan suara, kluster instrumen TFT, pengecas tanpa-wayar dan FordPass Connect.

Ford Territory SUV serba baru bakal bawa saingan di Malaysia? 03

Kemasan dalaman Ford Territory serba baharu ini juga dilengkapi dengan tempat duduk kulit dan papan pemuka yang elegan dengan elemen kemasan corak kayu. Cermin atap panoramik melengkapkan ruang dalamannya.

Kelengkapan keselamatan CoPilot 360 Ford yang didatangkan dengan Ford Territory serba baharu ini merangkumi kamera 360 darjah, Adaptive Cruise Control, Pre-Collision Assist, Forward Collision Warning, Blind Spot Info System, Lane Departure Warning, Hill Start Assist dan juga Active Park Assist.

Ford Territory SUV serba baru bakal bawa saingan di Malaysia? 04

Ford Territory serba baharu bagi pasaran China ini dijual pada harga bermula dari RMB 109,800 (RM 66,721) hingga RMB 164,800 (RM 100,142) untuk model spesifikasi tertinggi. Jika ia tiba di Malaysia kelak, ia dijangka untuk membawa saingan hebat kepada SUV lain seperti Proton X70 dan Honda HR-V.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda