window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hampir 30 peratus jualan kereta baharu di Malaysia adalah SUV, 6x ganda berbanding 2014!

Haris · Jan 3, 2022 11:00 AM

Hampir 30 peratus jualan kereta baharu di Malaysia adalah SUV, 6x ganda berbanding 2014! 01

  • Tidak lama lagi, 1 daripada 3 kereta baharu yang dijual di Malaysia adalah SUV
  • Jualan sedan turun daripada 78 kepada 64 peratus
  • MPV pula turun daripada 16 kepada 7 peratus

Menjelang akhir tahun 2022, dijangka satu daripada setiap 3 kereta baharu yang dijual di Malaysia adalah SUV. Menurut data Malaysia Automotive Association (MAA), pegangan pasaran SUV kini berada pada 29 peratus setakat Jun 2021.

Hampir 30 peratus jualan kereta baharu di Malaysia adalah SUV, 6x ganda berbanding 2014! 02

Angka tersebut adalah berdasarkan perbandingan dengan kenderaan penumpang, tidak termasuk kenderaan komersial seperti trak pikap, trak prime mover, bas atau van panel.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti yang dijangkakan, pertumbuhan SUV datang dengan mengorbankan sedan dan MPV. Pegangan pasaran untuk sedan telah menurun daripada 78 peratus pada 2014 kepada 64 peratus hari ini, manakala MPV turun daripada 16 peratus kepada hanya 7 peratus dalam tempoh yang sama.

Hampir 30 peratus jualan kereta baharu di Malaysia adalah SUV, 6x ganda berbanding 2014! 01

Pada tahun 2014, pegangan pasaran untuk SUV hanya 5 peratus. Ketika itu, pasaran SUV hanya dikuasai oleh 2 model – Honda CR-V dan Mazda CX-5.

Generasi ketiga Nissan X-Trail mula dijual setahun kemudian, tetapi Honda HR-V adalah SUV yang bertanggungjawab memberikan penggalak besar kepada segmen itu.

Hampir 30 peratus jualan kereta baharu di Malaysia adalah SUV, 6x ganda berbanding 2014! 02

Dilancarkan pada Februari 2015 dengan harga permulaan bawah RM 100k, Honda HR-V menandakan semua kotak yang betul dan mendahului carta jualan sejak hari pertama. Honda HR-V secara bersendirian hampir menggandakan bahagian pasaran SUV di Malaysia kepada 10 peratus menjelang akhir 2015.

Hampir 30 peratus jualan kereta baharu di Malaysia adalah SUV, 6x ganda berbanding 2014! 03

Pembeli tertarik dengan dimensi yang mudah dipandu dan padat, penjimatan bahan api yang bagus sehingga menyaingi sedan yang lebih kecil, manakala kedudukan tempat duduknya yang tinggi memudahkan keluar masuk kereta.

Pembeli juga mengatakan bahawa mereka menghargai kedudukan pemanduan yang lebih tinggi kerana ia membolehkan mereka melihat lebih jauh ke hadapan dalam trafik, ditambah dengan lebih rasa selamat.

Hampir 30 peratus jualan kereta baharu di Malaysia adalah SUV, 6x ganda berbanding 2014! 04

Reka bentuk ringkas Honda HR-V juga merupakan kriteria utama untuk SUV yang berjaya secara komersial

Segmen SUV terus berkembang sehingga mencapai 14 peratus pada tahun 2018.

Sehingga tahun 2019, jenama 'nasional' kita, Proton dan Perodua telah diketepikan dalam perlumbaan SUV. Namun, dominasi Honda dalam segmen SUV akhirnya berakhir pada tahun tersebut dengan pengenalan SUV jenama 'tempatan', kerana itulah cara pasaran Malaysia yang kolot berfungsi.

Baca: Tiba masanya kita berhenti panggil Proton dan Perodua “kereta nasional”

Hampir 30 peratus jualan kereta baharu di Malaysia adalah SUV, 6x ganda berbanding 2014! 05

Sebaik sahaja Proton / Perodua mula meneroka segmen tersebut, jenama lain akan beransur-ansur hilang kerana tiada cara lain untuk jenama asing menandingi harga rendah yang dinikmati oleh jenama domestik yang menerima potongan cukai yang sangat mendadak. Fikirkan sejenak, adakah pengguna dapat merasai sebuah kenderaan segmen A jenama global yang berkualiti sekarang? 

Hampir 30 peratus jualan kereta baharu di Malaysia adalah SUV, 6x ganda berbanding 2014! 06

Disember 2018 menandakan perubahan ini, ketika Proton melancarkan Proton X70 sebagai model import dari China pada awalnya. Beberapa bulan kemudian pada Februari 2019, Perodua Aruz pula telah dilancarkan.

Hampir 30 peratus jualan kereta baharu di Malaysia adalah SUV, 6x ganda berbanding 2014! 07

Menjelang akhir tahun 2019, gelombang kedua SUV yang dipacu jenama tempatan di dalam pasaran massa telah meningkatkan pegangan pasaran SUV kepada 23 peratus.

Hampir 30 peratus jualan kereta baharu di Malaysia adalah SUV, 6x ganda berbanding 2014! 08

Pelancaran Proton X50 pada Oktober 2020 dan Perodua Ativa pada Mac 2021 adalah peristiwa penting kerana kini, hampir 70 peratus daripada semua kereta yang dijual di Malaysia berharga bawah RM 100k.

Hampir 30 peratus jualan kereta baharu di Malaysia adalah SUV, 6x ganda berbanding 2014! 09

Perodua Ativa bermula pada harga RM 61,500, manakala Proton X50 bermula pada RM 79,200. Bagi kebanyakan pembeli, Ativa dan X50 adalah SUV baharu pertama mereka.

Tidak dilupakan, tambahan terbaru untuk SUV bawah RM 100k adalah GAC GS3 yang menawarkan bumbung suria dan pautan Apple Carplay dan Android Auto - 2 kelebihan berbanding model SUV tempatan.

Baca: GAC GS3 dilancarkan - dari RM 88k, model pertama GAC di Malaysia & bakal saing Proton X50

Hampir 30 peratus jualan kereta baharu di Malaysia adalah SUV, 6x ganda berbanding 2014! 10

Ini Perodua Alza baharu?

Walaubagaimanapun, segmen MPV dijangka membuat kemunculan semula tahun ini, di mana Perodua Alza generasi baharu berasaskan Toyota Avanza / Daihatsu Xenia 2022 terkini akan dilancarkan.

Baca: Perodua Alza bakal ditamatkan Jan 2022, Alza baru menyusul separuh kedua tahun depan!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda