Khabar angin mengatakan bahawa Honda akan menawarkan sebuah SUV kompak di pasaran ASEAN. SUV tersebut lebih tepat untuk diposisikan sebagai pesaing Perodua D55L / Toyota Raize dalam segmen baru dalam pasaran SUV.
Lebih tepat lagi, model Honda yang disebut-sebut sebagai model SUV kompak ini adalah Honda WR-V. Model ini sudah dipasarkan dalam pasaran India dan Brazil. Honda WR-V adalah model SUV kompak Honda yang disasarkan berbeza dengan Honda HR-V.
Ini bermakna, Honda HR-V akan tetap dalam segmen B tetapi disasarkan lebih atas, masih menyaingi Proton X50. Honda HR-V juga baru diintip dengan samaran di Thailand.
Spesifikasi enjin untuk Honda WR-V pasaran India dan Brazil adalah berbeza. Pasaran India menggunakan enjin 1.2 liter manakala pasaran Amerika Selatan menggunakan enjin 1.5 liter. Ia juga dipadankan dengan transmisi pilihan kotak gear 5 kelajuan atau CVT.
Honda WR-V berkongsi banyak alat ganti dan komponen yang sama dengan Honda Jazz. Malah, Ultra Seat yang sinonim dengan Honda Jazz turut dilengkapi pada Honda WR-V!
Selain dari itu, Honda WR-V berkongsi platform dengan Honda BR-V. Dari segi rekaan, ia mirip dengan kesemua Honda Jazz, Honda BR-V dan Honda Brio. Honda Brio tidak dijual di Malaysia tetapi merupakan model hatchback terkenal di negara jiran kita, menyaingi Perodua Axia.
Dengan kehadiran Perodua D55L dan duo Toyota Raize dan Daihatsu Rocky, adalah suatu langkah yang bijak bagi Honda untuk hadir dengan SUV kompak dalam pasaran ASEAN. Sudah tentu, Honda tidak mahu melihat sahaja pasaran dikuasai Toyota dalam segmen ini.
Di Indonesia, Honda WR-V disasarkan untuk hadir pada tahun 2022. Pasaran Malaysia juga mungkin akan ditawarkan model tersebut sekitar tahun yang sama. Adakah anda teruja?
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2022 Honda HR-V 1.5 S
Upgrade
Add your car