window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic mungkin hadir dalam bentuk SUV, tiru strategi Corolla?

Haris Ā· Dec 10, 2021 02:00 PM

Honda Civic mungkin hadir dalam bentuk SUV, tiru strategi Corolla? 01

Lakaran daripada Mag-X

Toyota sangat berjaya dalam memerah kejayaan tanda nama Corolla yang kini ditawarkan dalam bentuk sedan (Corolla Altis) dan SUV (Corolla Cross) sehingga strategi tersebut kini mahu ditiru oleh Honda. Terbaru, media Jepun telah melaporkan bahawa Honda kini dalam perancangan untuk membangunkan sebuah SUV dengan strategi sama.

Honda Civic mungkin hadir dalam bentuk SUV, tiru strategi Corolla? 02

Honda HR-V kini SUV mewah

Menurut laporan daripada Mag-X, SUV tersebut dijangka akan diposisikan di antara Honda HR-V dan Honda CR-V. Malah, ia mungkin akan berkongsi platform yang sama dengan Honda Civic FE. Cuma, masih belum dapat dipastikan sama ada ia akan menggunakan nama 'Civic' juga.

Berdasarkan maklumat, Honda HR-V dibangunkan menggunakan platform Honda Fit yang dipanjangkan sedikit manakala Honda CR-V sudah sedia maklum besar untuk menakluk negara obesiti pasaran Amerika Syarikat. Ini memberikan ruang kosong untuk sebuah SUV dengan saiz pertengahan dipasarkan.

Honda Civic mungkin hadir dalam bentuk SUV, tiru strategi Corolla? 03

Honda CR-V dengan saiz yang tepat untuk menakluk pasaran Amerika Syarikat

Mengaburi segmen kini adalah strategi terbaru yang digunapakai oleh beberapa pengeluar. Mazda misalnya mempunyai model-model yang berada di tengah-tengah 2 segmen seperti Mazda CX-30 dan akan mengembangkan lagi pilihan SUV dengan model seperti Mazda CX-60 dan Mazda CX-70.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: 5 SUV baru disahkan - Mazda CX-50, CX-60, CX-70, CX-80, CX-90 bermula 2022

Honda Civic mungkin hadir dalam bentuk SUV, tiru strategi Corolla? 01

Toyota pula mempunyai tawaran SUV yang agak tepat dengan Toyota Corolla Cross yang sesuai untuk kebanyakan pengguna di kebanyakan pasaran. 

Model SUV satu segmen atas pula meliputi Toyota RAV4 yang agak besar manakala Toyota Harrier pula diposisikan sebagai SUV premium. Toyota Corolla Cross jadi taruhan utama dalam pasaran SUV kerana harganya yang agak rendah untuk saiznya.

Honda Civic mungkin hadir dalam bentuk SUV, tiru strategi Corolla? 02

Perkongsian platform juga bermakna spesifikasi trenkuasa boleh dikongsi dengan Honda Civic. Pilihan enjin 1.5 liter turbocaj VTEC (170 PS/240 Nm) atau enjin hibrid yang akan digunakan pada Civic e:HEV adalah pilihan yang sesuai untuk SUV Honda baharu ini.

Walaupun trenkuasa hibrid tersebut berkemungkinan besar akan menggunakan teknologi yang sama seperti sistem i-MMD pada Honda City RS, terdapat satu lagi kemungkinan di mana kapasiti enjin akan ditingkatkan kepada 2 liter, berdasarkan maklumat yang diberikan kepada media Jepun.

Honda Civic mungkin hadir dalam bentuk SUV, tiru strategi Corolla? 03

Honda ZR-V oleh Kleber Silva, SUV kompak untuk saingi Raize / Ativa / Rocky

Kesemua ini kedengaran sangat mengelirukan malah media Jepun juga turut memberikan maklum balas yang sama mengenai khabar angin ini. Apa-apa pun, Honda dijangka akan membuat pengumuman susulan pada September 2022 nanti justeru apa kata kita tunggu sahaja pengesahan dari mereka.

Baca: Honda SUV RS Concept didedah, pandang pertama SUV kompak Honda!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda