window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda HR-V 2023 elektrik & CR-V PHEV bakal menerajui revolusi kuasa elektrik Honda untuk Eropah

Zamil Syaheer Ā· Mar 29, 2022 08:00 PM

Honda HR-V 2023 elektrik & CR-V PHEV bakal menerajui revolusi kuasa elektrik Honda untuk Eropah 01

Dengan pelancaran Honda Civic Hatchback e:HEV 2022, komitmen Honda untuk menawarkan hanya model elektrik dalam barisannya untuk Eropah baru sahaja bermula. Berikutan itu, jenama H lurus telahmengumumkan bahawa sekurang-kurangnya 3 model elektrik baharu akan diperkenalkan di seluruh benua Eropah pada 2023.

Honda HR-V 2023 elektrik & CR-V PHEV bakal menerajui revolusi kuasa elektrik Honda untuk Eropah 02

Model baharu yang diumumkan termasuk SUV segmen B semua elektrik, SUV hibrid penuh (HEV) segmen C dan CR-V serba baharu yang akan tersedia sebagai HEV dan hibrid plug-in (PHEV) buat pertama kali di Eropah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda HR-V 2023 elektrik & CR-V PHEV bakal menerajui revolusi kuasa elektrik Honda untuk Eropah 01

Honda e:NS1 seperti yang dilihat pada Pameran Auto Guangzhou 2021

SUV segmen B semua elektrik dipratonton sebagai e:Ny1 Prototype dan dari segi rupa, ia adalah versi EV HR-V yang kini dijual di Eropah sebagai model hibrid sahaja. Honda HR-V serba elektrik juga bukan baharu kerana ia membuat penampilan sulungnya di China di mana ia akan dijual sebagai e:NS1 dan e:NP1 pada musim bunga 2022.

Honda HR-V 2023 elektrik & CR-V PHEV bakal menerajui revolusi kuasa elektrik Honda untuk Eropah 02

Di AS, ini akan dinamakan sebagai HR-V, tetapi apakah namanya di pasaran Eropah kelak?

Sementara itu, SUV HEV segmen C yang tidak dinamakan mungkin berdasarkan HR-V untuk pasaran Amerika Syarikat akan datang. Ia dikatakan bakal ditunjukkan di sana pada 4-April.

Honda HR-V 2023 elektrik & CR-V PHEV bakal menerajui revolusi kuasa elektrik Honda untuk Eropah 03

Mungkin model ini akan diletakkan di antara HR-V dan CR-V untuk Eropah, tetapi adakah perkembangan barisan produk SUV-nya akan membunuh satu sama lain atau ia akan membuahkan hasil untuk Honda?

Honda HR-V 2023 elektrik & CR-V PHEV bakal menerajui revolusi kuasa elektrik Honda untuk Eropah 04

Menurut Tom Gardner, Naib Presiden Kanan Honda Motor Europe, Honda tidak akan “kekal santai dengan kejayaannya" kerana ia merancang untuk mengembangkan pilihan kenderaan elektrik bateri (BEV) dan hibrid untuk pelanggan serta meningkatkan penawarannya dalam "segmen B- dan C-SUV yang berkembang pesat".

Baca juga: 'SUV lebih penting, bukan RWD' - eksekutif Mazda tolak spekulasi Mazda 6 RWD!

Honda HR-V 2023 elektrik & CR-V PHEV bakal menerajui revolusi kuasa elektrik Honda untuk Eropah 05

Akhir sekali ialah CR-V generasi seterusnya, yang merupakan satu-satunya model yang dinyatakan secara jelas dalam pengumuman tersebut. CR-V generasi seterusnya telah diintip di seluruh Eropah sejak setahun lalu dan menurut pengumuman itu, ia dijangka akan dilancarkan pada 2023.

Baca juga: Spyshot: Gambar paten Honda CR-V generasi baharu tertiris - rekaan lebih kemas dan matang!

Honda HR-V 2023 elektrik & CR-V PHEV bakal menerajui revolusi kuasa elektrik Honda untuk Eropah 06

Kami sudah pun berkongsi rupa CR-V generasi seterusnya berdasarkan imej paten yang bocor. Model CR-V hibrid dan PHEV semasa hanya ditawarkan di beberapa pasaran seperti Amerika Utara. Generasi seterusnya ini mungkin mengembangkan elektrifikasi model paling popular Honda.

Baca juga: Selepas 6 tahun Honda memegang takhta, Toyota kini jenama bukan nasional nombor 1 di Malaysia!

Honda HR-V 2023 elektrik & CR-V PHEV bakal menerajui revolusi kuasa elektrik Honda untuk Eropah 07

Pengumuman pengembangan terbaru Honda menunjukkan betapa komitednya pengeluar kereta Jepun itu untuk mengucapkan ‘sayonara’ kepada legasi enjin VTEC untuk Eropah. Walaupun begitu, adakah ini juga bermakna Civic Type R generasi seterusnya tidak akan dijual di Eropah melainkan ia adalah hibrid?

Baca juga: Untuk pertama kali, Honda Civic Type R 2022 akan menggunakan trenkuasa hibrid!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda