Honda HR-V 2021 dipertingkat - lampu LED baru, Apple Carplay, Android Auto tapi harga kekal sama!

Haris · 2021-01-13 16:00:00

Honda HR-V

Honda Malaysia hari ini mengumumkan kemaskini baharu untuk Honda HR-V. Kemaskini tersebut meliputi tambahan aksesori dan peningkatan warna pada varian E, V dan RS. Di samping itu, varian Honda HR-V hybrid pula bakal menerima tambahan kosmetik.

Semua varian kini dilengkapi dengan paparan Audio Display 7 inci baru dengan fungsi Apple CarPlay™ dan Android Auto™ ditambah dengan 2 port USB baru di konsol tengah untuk kemudahan penumpang.

Platinum White Pearl pada Honda City dengan bodykit Modulo

Warna Platinum White Pearl yang laris pada Honda City pula kini ditawarkan pada Honda HR-V, menggantikan warna White Orchid Pearl.

Untuk model Honda HR-V hybrid pula hadir dalam penampilan moden yang segar dengan peningkatan luaran yang terdiri daripada lampu depan dan belakang LED serta lampu kabus LED.

Melengkapkan gaya baru tersebut adalah Pemegang Pintu Krom baru dan stereng 3 jejari dengan kemasan kulit penuh (sebelum ini kemasan separa urethane) untuk membangkitkan kesan pemanduan yang lebih sporty.

Ciri lain pada Honda HR-V adalah Kamera Pandang Belakang Pelbagai Darjah, Cruise Control, Paddle Shifter, Tempat duduk pemandu 8 posisi (V dan RS), tempat duduk kulit (V dan RS) dan juga Honda LaneWatch (V dan RS).

Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut tetapi harga untuk varian Honda HR-V Sport Hybrid i-DCD akan diumumkan kelak.

VarianHarga
E

RM104,000.21

V

RM113,421.92

RS

RM118,581.81

Honda HR-V varian standard dilengkapi dengan enjin 1.8 liter SOHC i-VTEC dengan gabungan transmisi CVT manakala Honda HR-V Sport Hybrid i-DCD menggunakan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC Direct Injection hybrid bersama Integrated High Power Motor yang digabungkan dengan transmisi Dual-Clutch 7-kelajuan.

Haris

Haris Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Proton
Perodua
Honda
Toyota
Nissan
Mazda
Mercedes-Benz
BMW
Volvo
Ford
Hyundai
Kia