window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda WR-V CKD Indonesia disasar untuk eksport ke Asia Tenggara, Thailand menanti?

Faisal · Feb 28, 2023 01:00 PM

Honda WR-V CKD Indonesia disasar untuk eksport ke Asia Tenggara, Thailand menanti? 01

Menurut laporan rakan kami di AutoFun ID, pesaing kepada trio Toyota Raize/Daihatsu Rocky yang berlambang ‘H’ iaitu Honda WR-V baharu sudah sedia untuk dieksport ke pasaran luar.

Jelas Pengarah Innovasi Bisnes dan Pemasaran & Jualan syarikat itu, Yusak Billy, eksportnya akan bermula pada suku pertama tahun ini. Kalau anda nak tahu, Honda WR-V dipasang di kilang Kawarang milik PT Honda Prospect Motor.

Honda WR-V CKD Indonesia disasar untuk eksport ke Asia Tenggara, Thailand menanti? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Buat masa sekarang, model Honda di Indonesia yang dieksport adalah BR-V, Brio dan WR-V. Mengenai BR-V, SUV 7 tempat duduk kompak itu dieksport ke Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Kata Billy yang memberitahu bahawa dua pasaran WR-V yang seterusnya adalah model pandu belah kanan (RHD), “Brio pula merangkumi dua negara eksport dan WR-V pula dirancang untuk dieskport ke dua negara Asia pada suku pertama tahun ini”.

Juga baca2023 Honda WR-V baharu debut global - dari RM 83k, pesaing Ativa dah tiba!

Honda WR-V CKD Indonesia disasar untuk eksport ke Asia Tenggara, Thailand menanti? 01

Salah satu negara yang dikatakan adalah Thailand di mana ia akan dilancarkan dalam acara Bangkok Motor Show.

Spekulasi yang sudah ada setakat ini pula memberitahu bahawa WR-V pasaran Thailand nanti akan hadir dengan spesifikasi sama dengan model di Indonesia. Antara kelengkapan yang disebutkan termasuklah sambungan Android Auto/Apple CarPlay, 6 beg udara, Honda LaneWatch dan ADAS Honda Sensing.

Honda WR-V CKD Indonesia disasar untuk eksport ke Asia Tenggara, Thailand menanti? 02

Walaupun butiran trenkuasa untuk pasaran Thailand masih belum dapat dipastikan, WR-V model Indonesia datang dengan enjin 1.5L NA DOHC i-VTEC (121 PS, 145 Nm) yang dipadankan dengan transmisi CVT.

Kalau anda nak tahu, jualan WR-V baharu di Indonesia sangatlah menggalakkan (Januari merangkumi 1,780 unit, 42% bahagian pasaran). Kiranya inilah SUV segmen kompak paling laku di Indonesia sekarang.

Juga bacaHonda WR-V 2023 melebihi jualan kembar Perodua Ativa iaitu Rocky & Raize di Indonesia pada Disember 2022

Apapun, pelancaran untuk Malaysia juga mungkin dalam perancangan Honda Malaysia tetapi harganya dikatakan mencecah julat RM 90,000 ke RM 100,000.

Juga bacaMengapa pesaing Ativa, Honda WR-V guna enjin 1.5L NA dan bukan turbo? Ini jawapannya

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda WR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda