window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isuzu D-Max 2021 - rakyat Thailand terlalu suka, 1/2 trak pikap terjual adalah D-Max!

Haris ยท Mar 31, 2021 09:00 AM

Isuzu D-Max 2021 - rakyat Thailand terlalu suka, 1/2 trak pikap terjual adalah D-Max! 01

Momentum jualan Isuzu D-Max pada tahun 2020 masih lagi dikekalkan apabila melihat jumlah jualan sepanjang 2 bulan awal tahun 2021. Untuk pengetahuan anda, Isuzu D-Max berjaya menjadi trak pikap terlaris di Thailand selepas 2 tahun gelaran tersebut dimenangi oleh Toyota Hilux.

Isuzu D-Max 2021 - rakyat Thailand terlalu suka, 1/2 trak pikap terjual adalah D-Max! 02

Selama dua bulan awal tahun 2021, rakyat Thailand mencatatkan sebanyak 52,182 unit trak pikap secara keseluruhan. Hal ini menyaksikan Isuzu D-Max sebagai trak pikap paling laris dengan penguasaan 50.3% pegangan pasaran pada jumlah 26,313 unit terjual.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Isuzu D-Max 2021 - rakyat Thailand terlalu suka, 1/2 trak pikap terjual adalah D-Max! 01

Bulan Februari menyaksikan penjualan Isuzu D-Max meningkat kepada 13,549 unit daripada 12,764 unit pada Januari. Bulan sebelumnya juga menyaksikan penjualan Isuzu D-Max hampir dua kali ganda dari Toyota Hilux yang hanya menyaksikan sebanyak 7,842 unit terjual.

Toyota berjaya menjual sebanyak 16,361 unit Toyota Hilux dalam dua bulan pertama, menjadikan pegangan pasaran sebanyak 31.4%.

Isuzu D-Max 2021 - rakyat Thailand terlalu suka, 1/2 trak pikap terjual adalah D-Max! 02

Dua bulan pertama tahun 2021 juga menyaksikan model Ford Ranger mengatasi Mitsubishi Triton untuk menjadi trak pikap ketiga terlaris di negara kedua tersebut dengan jumlah keseluruhan sebanyak 4,081 unit.

Ini mungkin hasil daripada pengenalan Ford Ranger Raptor versi bajet.

Isuzu D-Max 2021 - rakyat Thailand terlalu suka, 1/2 trak pikap terjual adalah D-Max! 03

Selain itu, Nissan Navara facelift melihat jumlah penjualan yang mengecewakan dengan 1,111 unit dalam dua bulan pertama tahun ini. Sementara itu, pendatang baharu MG Extender dan Mazda BT-50 akan tampil dengan strategi baharu. MG Extender akan menerima kemaskini gril baharu (dalam gambar) dan Mazda BT-50 akan hadir dengan generasi baharu.

Isuzu D-Max 2021 - rakyat Thailand terlalu suka, 1/2 trak pikap terjual adalah D-Max! 04

Di Malaysia, kami menerima khabar bahawa Isuzu D-Max serba baharu akan tiba di sini tidak lama lagi. Mungkin lebih awal daripada Mazda BT-50 generasi baharu yang akan membuat penampilan sulung pada suku pertama 2021. Adakah Isuzu D-Max baharu mampu menakluk hati rakyat Malaysia seperti di Thailand?

Bacaan Lanjut:

Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia

Thailand lancar MG Extender facelift 2021 – cukup untuk gentarkan Hilux & D-Max?

Stok Isuzu D-Max di Malaysia nak habis, model serba baru bakal tiba lebih awal?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda